Menerusi sebuah laporan terbaru , Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon iaitu Jeff Bezos mencuri tumpuan apabila dia bakal dinobatkan sebagai manusia terkaya dunia.

Bakal Perolehi $1 trilion

Di sebalik penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia sehingga menjejaskan ekonomi, sebaliknya bagi Amazon mereka berjaya mengaut keuntungan sebanyak $75.5 bilion (~RM327.25 bilion) sepanjang tiga bulan pertama 2020. Dengan pencapaian tersebut Bezos akan menjadi manusia pertama dengan kekayaan mencecah $1 trilion menjelang 2026 menyaingi pemegang rekod sebelum ini, Bill Gates.

IKLAN

Tidak Puas Hati Dengan Bezos 

Biarpun begitu, terdapat segelintir netizen di Amerika Syarikat meluahkan rasa tidak puas hati dengan pencapaian Bezos kerana beranggapan figura ini seorang yang angkuh serta mengabaikan kebajikan mereka di Amazon.

Difahamkan Bezos tetap mengerahkan mereka untuk terus bekerja biarpun dunia kini berada di tahap membimbangkan dengan pandemik tersebut.