Sejak kebelakangan ini, nama Youtuber Sugu Pavithra menjadi bualan ramai selepas video pasangan suami isteri yang berasal dari Buntong, Ipoh, Pera ini meraih jumlah tontonan dan jumlah subscriber yang tinggi.

Tular Di Media Sosial 

Menariknya, mereka telah bertutur dalam bahasa Melayu ketika merakam video masakan sekaligus membuatkan ramai yang memuji dan mendapat sambutan baik. Terbaru, selepas video masakan Pavithra telah berkongsi dengan orang ramai mengenai cara membersihkan kuali dan sinki sehingga berkilat selepas digunakan.

IKLAN

Begitu mudah untuk diikuti, kini video tersebut pula tular kerana hasilnya sememangnya memuaskan hati selain tidak kurang juga kagum dengan tips yang diberikannya. Berikut kami kongsikan video yang dimuatnaik oleh bintang Youtube baharu ini!

1Bahan Utama

  • Sabun cap buruh/labour warna kuning
  • sabun mandi
  • Berus besi

2Cara-cara bersihkan kuali sampai berkilat

  1. Cuci kerak kuali terlebih dahulu dengan sedikit air
  2. Cuci kuali bersama sabun tanpa menggunakan air
  3. Bilas kuali dengan air bersih beberapa kali
    *teknik yang sama digunakan untuk sinki