Aliff Alli Khan Buka Mulut Isu Pukul Bekas Isteri

116
KONGSIAN

Menerusi artikel terdahulu, Murai.my melaporkan pelakon sinetron Aliff Alli Khan didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap bekas isterinya, Aska Ongi yang hamil empat bulan ketika itu.

Nafi Pukul Bekas Isteri 

Malah adik kepada Miller Khan ini juga dikatakan sering mabuk dan tidak mempunyai permit kerja yang sah di Indonesia. Terbaru, seperti yang dilaporkan oleh Astro Gempak, akhirnya Aliff membuka mulut mengenai isu tersebut. Jelasnya, isu tersebut sama sekali tidak benar dan hanya memberikan komen ringkas kerana enggan mengulas lebih lanjut.

“Mohon maaf saya tidak bisa berkomentar banyak, yang pasti apa yang telah diberitakan itu tidak benar,” katanya seperti dilapor Gempak.

Sebelum ini, hangat memperkatakan mengenai beberapa foto kecederaan yang dialami oleh Ongi sebelum yang kononnya berpunca dari Aliff.

Sebagai info, Aliff dan Ongi mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Alyssa Ismillah Khan. Ini merupakan perkahwinan kedua Aliff selepas bercerai dengan Nora Alexandra Phillip pada 2017.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN