Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Norma Baharu, Apa Nasib Taman Tema Sunway?

by Khai Azfar
May 21, 2020
Share on Facebook

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh kerajaan, pihak Sunway turut memaklumkan kedua-dua taman tema mereka iaitu Sunway Lost World Of Tambun dan Sunway Lagoon akan ditutup sementar waktu untuk kunjungan orang awam sehingga notis diberitahu kelak.

Harap Dapat Dibuka Dengan Segera 

Keputusan itu juga dibuat selepas mengambil faktor penularan wabak COVID-19. Kerajaan Malaysia menggesa untuk mengawal penyebaran virus khususnya pada lokasi tumpuan orang ramai seperti taman tema.Dalam temubual baru-baru ni bersama pengurus besar kanan Sunway Theme Park, Calvin Ho berharap agar taman tema mereka dapat dibuka semula dengan segera.

“Kami akan memutuskan tarikh sebenar pembukaan semula Taman Tema Sunway selepas meneliti situasi semasa dan perkembangannya. Kami akan merujuk juga dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.”

Rangka Pelan Keselamatan 

Mengambil kira pandangan orang ramai pasti akan teragak-agak untuk ke taman tema selepas ini namun bagi pihak Sunway Theme Park mereka telah menyediakan pelan langkah-langkah keselamatan yang terbaik bagi menjamin keselamatan dan keselesaan buat pengunjung mereka.

“Kami akan perketatkan lagi peraturan kami dan akan menjadi norma baru. Kami akan melakukan pemeriksaan suhu badan pengunjung-pengunjung kami. Tidak lupa juga, kami akan melakukan pemeriksaan beg secara terperinci.

Bagi pekerja-pekerja kami pula, suhu badan mereka akan diperiksa dan mereka perlu mencuci tangan menggunakan hand-sanitizer yang telah disediakan. Bagi frontliner kami, mereka perlu memakai topeng muka”

“Pihak kami turut mengklorinasi kolam-kolam di taman tema kami secara berkala. Selain itu juga, pihak Sunway Theme Park melakukan proses ‘disinfecting’ di seluruh kawasan taman tema kami. Hal ini memastikan kebersihan dan keselamatan taman tema kami berada di tahap yang maksimum. Proses penyelenggaraan pula dilakukan secara berkala ketika tempoh PKP bagi memastikan kesemua ‘rides’ kami selamat untuk digunakan” kata Calvin .

Dalam pada itu, mereka turut yakin bahawa setiap taman tema akan terus melaksanakan prosedur yang telah ditetapkan oleh KKM dan menjadikannya sebagai norma baharu.

Error happened.
Lost World Of Tambun Ada Sisi Lain, Hot Spring Ala ‘Secret Cenote’ Di Kaki Bukit Batu Kapur Jadi Tarikan
covid-19Lost World Of Tambuntaman tema
https://lomp.at/qcoyq
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara