Siapa sangka, di sebalik watak lakonan Luna Maya yang dilihat kadang kala tegas dan serius, sebenarnya pelakon popular Indonesia ini seorang yang lucu.

Suka Bau Kentut Sendiri 

Malah dia juga tidak malu untuk mendedahkan beberapa fakta peribadi mengenai dirinya kepada peminat termasuklah mengenai tabiat gemar hidu pada bau kentut sendiri. Pendedahan itu dibuat Luna ketika ditanya soalan oleh pelakon Boy William menerusi salah satu video perkongsian di platform YouTube miliknya.

IKLAN

“Sukalah, semua orang pasti suka bau kentut sendiri!” jawabnya sambil berseloroh

Pernah Tercirit Di Turki 

Bukan itu sahaja, malah pelakon The Doll ini turut mendedahkan pengalamannya yang melucukan ketika sedang bercuti di Istanbul,Turki. Menurut Luna, ketika itu dia sempat menghirup secawan kopi dan perutnya secara tiba-tiba memulas. Lebih mencemaskan, dalam perjalanan ke sebuah destinasi, perutnya sekali lagi memulas dan kereta yang dinaikinya tersangkut di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas. Bagi untuk ‘mengawal keadaan’, dia cuba untuk kentut biarpun berada di dalam kereta bersama orang lain.

“Sepanjang berada di dalam kereta yang berhadapan dengan kesesakan lalu lintas dan sebagainya saya berbisik dalam hati, ‘Ya Tuhan ini gila semuanya’ dan segala peluh dingin mula membasahi pipi”

“Saya berusaha untuk menahan, biarpun ketika itu sudah tidak tahan sangat.Jadi saya fikir mungkin harus ambil nafas sedikit, jadi saya ‘lepaskanlah’ sedikit ,” katanya sambil diperakui oleh Boy yang juga pernah berhadapan pengalaman sedemikian

Video tersebut yang kini mencatat lebih dari 600 ribu tontonan ternyata membuatkan rata-rata peminat terhibur selain tidak menyangka Luna dan Boy berani untuk membuat pengakuan tersebut.