Setelah hampir dua tahun, akhirnya pelakon Nazim Othman mendedahkan dia sedia untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Sedia Untuk Tamatkan Zaman Duda 

Pendedahan itu dibuat Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif bin Othman,36 menerusi posting terbaharu Instagram nya. Menurut Nazim, pada usianya itu dia berkata ini adalah masanya untuk menamatkan zaman duda. Akui belajar daripada pengalaman mendirikan rumahtangga sebelum ini, dedahnya lagi dia memohon agar ditemukan jodoh selagi masih sihat dan berkemampuan.

IKLAN

“Di usia gangsa ni, tidak ada yang lebih baik yang dapat saya minta selain zaujah saya untuk didekatkan dengan saya. Selepas dua tahun, saya akhirnya membuka hati saya untuk berkahwin”

Mohon Maaf Secara Terbuka 

Dalam masa yang sama, pelakon kacak ini turut mengambil kesempatan dengan memohon maaf secara terbuka sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukannya selama ini sama ada secara sengaja atau tidak.

https://www.instagram.com/p/CAnXRvhAAGC/

Terdahulu, Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Bella Dally pada 10 September 2016 namun perkahwnan yang dibina selama dua tahun itu berakhir pada tahun 2018.