Sejak semalam, salah satu karakter dalam animasi Upin & Ipin iaitu Fizi, trending di tangga pertama laman Twitter selepas salah satu video babak dalam episod Aidilfitri tular di laman sosial itu.

Kenyatan Fizi Buat Upin & Ipin Sedih! 

Dalam video tersebut, kelihatan watak-watak ini sedang berbual mengenai topik ‘syurga di bawah telapak kaki ibu’. Memandangkan Upin dan Ipin merupakan anak yatim piatu, pasangan kembar ini berasa sedih kerana menganggap mereka tidak mampu masuk ke syurga gara-gara kenyataan yang dikeluarkan oleh Fizi telah menyentuh perasaan mereka.

“Kalau tak ada ibu?”

“Tak ada lah syurga..kan? Itu pun tak tahu” jawab Fizi

IKLAN

Fizi Serba Salah 

Kerana video tersebut, rata-rata pengguna media sosial berasa kasihan melihat Upin dan Ipin selain menganggap Fizi sememangnya seorang yang nakal sejak awal kemunculannya di dalam animasi tersebut.

IKLAN

Bagi menjelaskan kembali situasi tersebut, penerbitan animasi Upin & Ipin, Les’ Copaque telah menayangkan beberapa buah video sedutan termasuklah mengenai babak Fizi yang berada dalam keadaan serba salah selepas mengeluarkan kenyataan tersebut yang mana cukup menghiburkan!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry