Petang Khamis waktu tempatan, single duet penyanyi popular Hollywood, Lady Gaga bersama kumpulan Blackpink akhirnya dimuatnaik secara rasmi di semua platform digital.

Carta Teratas 42 Buah Negara 

Menariknya lagi, sejak dimuatnaik lagu yang berjudul Sour Candy ini terus trending di laman Twitter. Malah, lagu ini juga telah berada di tangga teratas carta iTunes di 42 buah negara termasuk Malaysia.

Dengan pencapaian itu, Blackpink sekali lagi mencipta rekod dunia K-Pop dengan menjadi satu-satunya kumpulan penyanyi wanita Korea yang menembusi pasaran antarabangsa menerusi lagu duet mereka. Sebelum itu, single Kill This Love juga pernah menjuarai carta platform digital tersebut.

Duet Bersama Ariana Grande & Elton John 

Selain Sour Candy, beberapa single Lady Gaga turut dimuat naik menerusi album keenamnya berjudul Chromatica.

Terdahulu, menerusi temubual bersama media Jepun tvgroove, pelantun Bad Romance itu berkata dia menghubungi Blackpink bagi mendapatkan persetujuan merakamkan lagu Sour Candy.Selain duet bersama Blackpink, Lady Gaga turut berkolaborasi bersama dua lagi penyanyi popular iaitu Ariana Grande dan Elton John.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry