Kebanyakkan daripada kita seringkali memakai terus pakaian yang baru dibeli. Ini kerana ada yang berpendapat pakaian ini masih elok dan masih ‘bau kedai’. Persoalannya, adakah wajar untuk kita tidak membasuh pakaian yang baru dibeli?

Menurut How Stuff Works, berikut adalah sebab kenapa pakaian perlu dibasuh sebelum memakainya.

Pakaian Mengandungi Bahan Kimia

via Time Out

Apa yang dikongsikan oleh How Stuff Works, perlu untuk anda tahu bahawa kebanyakkan syarikat pengeluar pakaian akan menggunakan bahan kimia di baju untuk mengelakkan kain pakaian daripada mudah reput dan diserang serangga kecil sehingga merosakkan pakaian.

Bahan Kimia Memberikan Kesan Terhadap Tubuh Badan

via Homes Remedy

Untuk sesetengah yang alah dan mempunyai kulit sensetif, bahan kimia yang terdapat pada pakaian boleh menyebabkan penyakit kulit seperti enzema dan sekiranya pakaian tidak dibasuh, ada kemungkinan kita terhidu dan tertelan bahan kimia tersebut yang akan memberikan kesan terhadap kesihatan dalaman.

Penyebaran Bakteria Melalui Pakaian

via This Is Money

Bahan kimia bukanlah satu-satunya sebab anda perlu basuh pakaian, malah bakteria juga perlu diambil kira. Bakteria mampu bertahan pada pakaian, jadi mereka boleh berpindah ke tangan anda ketika anda menyentuh pakaian dan kemudian memasuki badan anda.

Bakteria pada pakaian juga boleh menyebabkan jangkitan kulit jika anda mengalami luka atau luka terbuka.

IKLAN

Penyebaran Kuman Dari Najis

via Maple Appliances

Menurut How Stuff Works, seluar dalam juga cenderung dijangkiti oleh kuman dari najis atau juga jangkitan kemaluan. Walaupun kebanyakan orang tidak mencuba seluar dalam, namun pakaian seperti seluar dan pakaian renang biasanya dipakai dan dicuba oleh sesiapa sahaja yang kita tidak pasti tahap kebersihan mereka.

Jadi, amatlah digalakkan untuk anda membasuh dahulu pakaian sebelum memakainya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry