7 Aktor Korea Paling Mahal Dibayar Per Episod Di Tahun 2020

17.0K

Dalam dunia industri hiburan Korea Selatan, yang juga menjadi sorotan antarabangsa adalah drama. Drama Korea dengan mudah dapat menarik penonton yang besar ke dunia antarabangsa. Oleh kerana kejayaan sesebuah drama itu, sudah semestinya setiap pelakon  mendapat gaji tinggi pada setiap episod.

Nak tahu berapa bayaran mereka perolehi? Berikut adalah 10 pelakon drama Korea yang mempunyai gaji hebat ketika berlakon drama seperti dipetik dari Trendrr.net.

1Kim Soo Hyun

Pelakon drama Korea pertama yang mempunyai bayaran paling mahal pada tahun 2020 ialah Kim Soo Hyun. Tidak dapat dinafikan bahawa Kim Soo Hyun telah menjadi salah satu pelakon termahal dalam peranannya dalam sebuah drama dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Lelaki yang dikenali dalam beberapa drama terkenal itu mempunyai bayaran US$85,000 atau setara dengan RM365,160 setiap episod.

Pada masa ini Kim Soo Hyun akan kembali menerusi drama It’s Okay to Not Be Okay. Ini adalah projek drama terbaru setelah lima tahun tidak berlakon.

2Hyun Bin

Pelakon drama Korea seterusnya yang mempunyai bayaran paling mahal adalah Hyun Bin. Setelah berjaya dalam drama CRASH LANDING ON YOU pada tahun 2020. Telah diketahui bahawa Hyun Bin telah dibayar sejumlah US$84,000 atau sekitar RM360,864 untuk satu episod.

IKLAN

3Ju In Sung

Ju In Sung, yang menjadi salah satu pelakon senior drama Korea dibayar termahal. Pelakon drama korea  IT’S OKAY THAT’S LOVE  and THE WIND BLOW bersama Song Hye Kyo mempunyai pendapatan US$68,000 atau bersamaan dengan RM292, 128 untuk satu episod sahaja.

4So Ji Sub

Kemudian pelakon drama Korea seterusnya datang dari So Ji Sub. Baru sahaja berkahwin pada tahun 2020, ternyata Soo Ji Sub juga termasuk dalam pelakon drama Korea yang mempunyai bayaran paling mahal untuk setiap episod. Berjaya dalam beberapa drama termasuk drama OH MY VENUS, Soo Ji Sub menerima bayaran US$67,000 atau sekitar RM287,000 untuk satu episod.

5Lee Min Hoo

Lee Min Hoo digilai ramai peminat kdrama lagi-lagi gologan wanita. Dia juga telah banyak berlakon dalam drama yang tentunya meletup di pasaran.  Popularitinya pasti menjadikan Lee Min Hoo antara pelakon dibayar termahal di Korea Selatan. Hanya untuk satu episod, Lee Min Hoo akan dibayar US$ 59,000 bersama dengan RM 253, 464.

Dengan merujuk kepada maklumat ini, kita dapat memastikan bayaran Lee Min Ho untuk drama The King: Eternal Monarch lebih tinggi daripada dua tahun yang lalu. Lebih-lebih lagi, The King: Eternal Monarch adalah projek kemunculan semula pelakon ini setelah tiga tahun menyepikan diri kerana menjalani latihan  tentera.

IKLAN

6Yoo Ah In

Pernah berlakon dalam drama DESCENDANTS OF THE SUN, ternyata Yoo Ah In mempunyai bayaran luar biasa dalam drama. Pelakon yang banyak berlakon dalam drama bersiri, layar lebar, hingga variety show ini dikenakan bayaran USD 58, 700 (RM 252,175) untuk satu episod.

7Song Joong Ki 

Bekas suami Song Hye Kyo juga merupakan salah seorang pelakon Korea yang paling tinggi dibayar. Setelah berjaya dalam drama Descendants of The Sun, Song Joong Ki mendapat bayaran sebanyak  US$ 50,300 (RM 216, 088) untuk satu episod.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry