Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

‘Hipokrisi Barat’- TMJ Sindir Pengikut Trend #BlackOutTuesday’. Makan Dalam!

by Phic ARMAN
June 3, 2020
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Tanda pagar #BlackOutTuesday menjadi trending teratas di Twitter dari  individu, termasuk saluran TV dan selebriti. Rata-rata mereka memuatnaik gambar layar hitam sebagai sokongan untuk keadilan dan bantahan di atas kematian George Floyd.

Minggu lalu George Floyd, seorang lelaki kulit hitam tidak bersenjata maut selepas polis kulit putih di Minneapolis menekan leher Floyd dengan lututnya. Kematian Floyd mengundang kemarahan di kota-kota di sekitar Amerika Syarikat yang membantah perlakuan terhadap orang kulit hitam Amerika.

Isu ini bukan sahaja hangat di luar negara malah di Malaysia juga mendapat perhatian. Beberapa selebriti tanahair turut menunjukkan sokongan, antaranya Yuna, Nora Danish, Datin Elaine Daly dan ramai lagi. Penyanyi, Yuna Zarai sama-sama menyertai ‘black out’ dengan menghentikan seketika segala bentuk aktiviti berkaitan muzik susulan kematian George Floyd selama satu hari.

Jangan senang sangat terikut propaganda- TMJ

Walaubagaimanapun, nampaknya penyertaan orang ramai terhadap kempen #blackout ini tidak disambut baik oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), itu mencuri tumpuan apabila memuat naik status yang menyindir segelintir orang ramai yang terikut-ikut dengan trend semasa.

Berdasarkan perkongsian, Tunku Ismail yang lebih dikenali TMJ mengingatkan kepada semua supaya tidak mudah untuk terikut dengan propaganda. TMJ berkata, sebelum ini beribu orang muslim mati dari dulu hingga sekarang. Namun tiada kempen atau trend #prayformuslim untuk diikuti.

“Semua ikut trend. Black tuesday. Western hypocrisy. Sebelum ni beribu Muslim mati keliling dunia dari dulu sampai ke hari ini, takda pulak so call kaki ikut trend ni semua buat campaign pray for Muslims. Jangan senang sangat terikut propaganda. Pray for your Brothers, Sisters and All human beings. In the End, “ALL LIVES MATTER and NO TO RACISM.”- tulisnya di ruangan komen

Rata-rata pengikut TMJ di instagram termasuk isterinya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam turut bersetuju dengan apa yang Baginda nyatakan.

Seperti dilaporkan oleh USA Today, #BlackoutTuesday dimulakan oleh eksekutif muzik Jamila Thomas dan Brianna Agyemang. Mereka membuat satu laman web yang mendesak untuk menyokong komuniti kulit hitam. Sejumlah label muzik besar dan musisi ikonik seperti Peter Gabriel dan Mick Jagger, terlibat dalam inisiatif ini, menghantar pesan di media sosial dengan tagar #TheShowMustBePaused.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Tunku Ismail Sultan Ibrahimtunku mahkota johor
https://lomp.at/fem19
Share37Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara