Ingat Lagi Pelawak Bollywood Johnny Lever? Ini Kisah Peribadinya Yang Ramai Tak Tahu

13.0K

Filem Bollywood hingga ke hari ini masih mendapat tempat di hati penonton. Bukan hanya di India, ada juga ramai orang Malaysia yang mengidolakan pelakon veteran mereka.

Selain watak utama, ada satu watak yang berjaya mencuri perhatian, iaitu watak komedi atau pelawak.

Salah seorang pelakon Bollywood yang sering melakonkan watak anggota polis ialah Johnny Lever.

Antara lakonannnya dalam filem ialah seperti Kahoo Naa Pyaar Hai sebagai watak Inspektor Parab, di Kuch-kuch Hota Hai sebagai Kolonel Almeida, dan banyak lagi filem. Hampir semua filem Bollywood, pasti ada kemunculannya.

Rasanya seperti filem Bollywood akan menjadi terlalu serius jika tidak ada Johnny Lever yang berlakon di dalamnya. Watak-wataknya selalu lucu, jelik, dan mengundang ketawa para penonton filem.

Lever telah berlakon filem sejak tahun 1980-an. Kejayaan yang diraihnya adalah hasil kerja kerasnya ketika dia masih muda.

IKLAN

Dia memulakan kerjayanya sebagai stand up comedian dalam komedi muzikal. Lever adalah salah satu stand up comedian pertama di India.

Pada masa ini, Lever berkhidmat sebagai presiden MAAM (Mimicry Artist Association Mumbai) dan telah melakukan banyak lawatan stand up comedian di seluruh dunia.

Bukan hanya karier, kehidupan bersama keluarga bahagianya sering menjadi perhatian. Lebih-lebih lagi, saat bersama isterinya.

Nah, bagi anda yang ingin tahu mengenai Johnny Lever bersama isterinya, Murai MY kongsikan kepada anda  dari akaun Instagram @iam_johnylever,.

Lever, yang dilahirkan pada 14 Ogos 1957, berkahwin dengan seorang wanita bernama Sujatha.

https://www.instagram.com/p/CAmkKJQgCWt/

Dari perkahwinannya dengan Sujatha, Lever dikurniakan dua cahaya mata bernama Jamie Lever dan Jesse.

https://www.instagram.com/p/B-4A0PZHYpm/

Lever berusia 60 tahun meraih banyak anugerah dan kini masih aktif berlakon filem.

https://www.instagram.com/p/B2TlxkfBmOD/

Anak perempuannya, Jamie Lever, mewarisi bakat Lever. Dia kini menjadi stand up comedian wanita terkenal di India dan sering melakukan lawatan dunia dengan ayahnya.

IKLAN

Selain lucu, Jamie juga beruntung kerana memiliki wajah yang cantik dan juga eksotis.

https://www.instagram.com/p/B8D2oFDFa65/

Sehingga kini, Johnny dan Sujatha tidak pernah terkena gosip yang sensasi. Mereka hidup bahagia bersama keluarga.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry