Selepas single duet bersama penyanyi antarabangsa popular Lady Gaga, Blackpink dikhabarkan akan muncul dengan single terbaru mereka sendiri tidak lama lagi.

Lagu Baru 26 Jun

Pengumuman itu dibuat oleh Blackpink sendiri menerusi laman Istagram mereka sebentar tadi. Dalam posting tersebut, kumpulan penyanyi wanita popular Korea itu turut meletakkan tarikh serta waktu rasmi mengenai lagu baharu mereka yang akan diperdengarkan pada jam 6 petang 26 Jun ini waktu Korea.

Peminat Mula Buat Spekulasi

Berteka-teki mengenai lagu terbaru Blackpink, kebanyakan peminat mula membuat spekulasi mengenai video muzik tersebut termasuklah mentafsirkan poster yang dimuatnaik oleh kumpulan itu seperti paparan lantai putih dan biru, font yang berwarna merah serta pelbagai tafsiran lain yang menyatakan keterujaan mereka.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry