Oktober tahun lalu merupakan titik noktah buat mereka yang bekerja di bawah syarikat penerbitan Utusan Melayu apabila Lembaga Pengarah Utusan Melayu Berhad (Utusan) membuat keputusan menutup operasi mereka.

Beri Petunjuk 

Difahamkan, ramai yang terkesan dengan keputusan tersebut malah lebih menyedihkan ada diantara mereka yang masih menganggur sehingga ke hari ini. Namun begitu, menerusi posting terbaharu di laman Facebook rasmi Utusan Online beberapa hari yang lalu, memberi petunjuk bahawa syarikat akhbar melayu itu bakal beroperasi semula pada Julai ini.

Disambut Baik 

Malah dalam petunjuk tersebut turut tertera nama syarikat Media Mulia Sdn Bhd, yang kini memiliki permit penerbitan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo dan Kosmo Ahad. Menerusi ruangan komen, rata-rata menyambut baik sekiranya Utusan Malaysia dibuka semula dan turut berasa teruja. ‘Welcome back Utusan!’

IKLAN