Utusan & Kosmo Bakal Ditutup! Selebriti Tanah Air Ajak Peminat Bantu

Antara selebriti-selebiti tanah air yang menyatakan rasa sedih mereka dengan perkhabaran ini termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Memey Suhaiza, Indah Ruhaila, Didie Alias dan ramai lagi.

Mesti Baca

Mak Ayah Dihina Sampai Panggil ‘Bodoh’? Dekati Kisah Kak Girl Yang Menyentuh Hati

Kak Girl sebak hingga mengalirkan air mata dalam sebuah video temubual eksklusif bersama selebriti dan influencer oleh Subhome. Dalam video...

Gempar! Pengarah & Suami Aktres Terkenal DM Teman Lelaki Nur Sajat?

Kontroversi mengenai usahawan sensasi Nur Sajat telah menarik ramai perhatian untuk memberi kenyataan termasuklah para selebriti iatu suami kepada...

Memakai Gelang Berlian Puteri Diana, Ini Alasan Meghan Markle

Meghan Markle memakai perhiasan istimewa sewaktu wawancara beliau yang bakal datang dengan Oprah Winsfrey. Memakai Gelang Berlian Mendiang Puteri Diana Sewaktu...

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai berita syarikat akhbar tempatan Utusan Melayu Berhad yang bakal ditutup kerana tidak mampu untuk membayar gaji pekerjanya. Hasrat menutup operasi Utusan Malaysia dan juga Kosmo! telah dimaklumkan sendiri oleh Pengerusi Utusan Melayu Aziz Sheikh Fadzir, sewaktu mengadakan pertemuan di Kementerian Sumber Manusia semalam.

Selebriti Tanah Air Sedih 

Terkesan dengan berita tersebut ramai netizen terutamanya selebriti-selebriti tanah air berasa sedih dengan perkhabaran itu. Bagi mereka, Utusan merupakan antara ‘tapak’ permulaan mereka di dalam industri hiburan yang banyak menaikkan nama mereka. Sebagai info, Utusan adalah antara syarikat akhbar paling lama di Malaysia yang kini mencecah 80 tahun.

Ajak Peminat Bantu 

Antara selebriti-selebiti tanah air yang menyatakan rasa sedih mereka dengan perkhabaran ini termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Memey Suhaiza, Indah Ruhaila, Didie Alias dan ramai lagi.

Di kesempatan itu, selebriti-selebriti ini turut mengajak peminat mereka sama-sama membantu warga Utusan yang kini dikatakan sudah hampir tiga bulan tidak dibayar gaji sehingga ada diantara mereka yang terpaksa meminjam wang daripada pihak tertentu.

View this post on Instagram

Turut bersimpati dengan apa yang terjadi kepada sahabat media saya.. Mari kita sama2 membantu meringankan bebanan mereka 🙏… .. .. #Repost @sudyrtahir ・・・ Assalamualaikum WTB dan Salam Sejahtera . Umum maklum mengenai situasi getir dan permasalahan yang melanda rakan sekerja kita di Utusan Malaysia dan Kosmo. . Sehubungan itu, NUJ NSTP melancarkan kutipan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan (beras/minyak/gula/pampers/susu) seperti ketetapan berikut; . Tarikh: 23 Ogos 2019 Hari: Jumaat Jam: 10 pagi – 4 petang Lokasi: Driveway Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar . Sumbangan anda sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung apatah lagi selepas tiga bulan tidak mendapat gaji. Bagi yang ingin buat sumbangan berupa wang tunai, boleh salur terus ke akaun NUJ MALAYSIA – 80-0082256-0 (CIMB Current Acc) . Saya jemput orang perseorangan, syarikat atau mana-mana rakan artis ingin membantu, marilah bersama kami. . Sekian, Terima kasih

IKLAN




A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Dalam perkembangan lain,pada hari Jumaat ini(23 Ogos), Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) NSTP akan melancarkan kutipan berbentuk wang tunai, dan barangan keperluan seperti beras, minyak, gula, pampers, susu dan sebagainya. Ianya akan berlangsung di Driveway Balai Berita, Jalan Riong Bangsar, dari jam 10 pagi hingga 4 petang. Buat anda yang ingin menyumbangkan wang tunai, boleh salurkan terus ke akaun NUJ Malaysia, CIMB Current Account 80-0082256-0

Terkini

Isma Yusoof Pernah Terfikir Mahu Bunuh Diri, Ambil Iktibar Dari Artis K-pop

Membuat pengakuan berani secara terbuka tentang isu transgender adalah sesuatu yang jarang dilakukan di Malaysia. Namun sikap keterbukaan pengarah,...

Artikel Berkaitan