Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Senarai 5 Jenis Rendang Mengikut Negeri. Yang Mana Paling Sedap?

by Jash Lee
June 27, 2020
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Rendang memang sangat sinonim dengan sambutan Hari Raya. Satu menu hidangan yang tak akan dilupakan dan sentiasa menjadi bayangan. Tak kiralah sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha, rendang pasti akan menjadi antara menu utama selain dari ketupat dan nasi impit. Rendang bukan sahaja menjadi sajian untuk sambutan perayaan malahan rendang juga kebiasaannya akan dihidangkan di majlis-majlis keramaian, kenduri kahwin dan sebagai hidangan makan tengahari.

Tapi tahukah anda, sajian ini ada pelbagai jenis dan biasanya ia dimasak dengan cara masing-masing dan mengikut negeri yang berkenaan. Jom kita tengok antara 5 senarai rendang-rendang yang popular bagi setiap negeri.

Rendang Tok – Perak

via Ben’s Independent Grocer

Rendang Tok yang dikatakan berasal dari Kampung Pisang, Batu Gajah, Perak bukan sahaja digemari dan dikenali di sana, malahan ia juga amat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana rasanya yang sangat sedap.

Nama rendang tok diambil bersempena dengan orang dulu-dulu yang memasak rendang ini dan digelar dengan nama panggilan  ‘Tok’ dan juga bagi memperingati jasa orang-orang lama dan mereka sangat arif memasak rendang tok dengan cara tradisional dan menggunakan dapur kayu.

Rendang Tok asalnya ialah dengan menggunakan daging kerbau yang lebih berurat dan manis. Tapi ia juga boleh divariasikan dengan menggunakan daging lembu malahan daging lembu juga lebih senang dicari. Rendang Tok adalah menu wajib bagi orang Perak. Setiap perayaan, rendang toklah yang akan menjadi menu utama hidangan.

Kini rendang tok sangat popular dan sudah menjadi warisan turun temurun dan tak akan lekang ditelan zaman.

Rendang Hati – Johor

via Azie Kitchen

Rendang Johor ni lain sikit dari negeri lain kerana ia biasanya menggunakan hati lembu yang dimasak dengan menggunakan kicap dan hati lembu juga tidak perlu dimasak terlalu lama kerana ia akan menjadi keras. Hati lembu yang dipilih juga mestilah masih kemerahan bagi mengelakkan bau yang kurang enak. Namun, bagi yang kurang menggemari hati lembu, ia boleh juga digantikan dengan daging atau ayam.

Rendang hati adalah resipi turun temurun bagi masyarakat Johor. Setiap kali perayaan, rumah terbuka atau majlis keramaian, rendang  hati kerap menjadi hidangan utama. Rendang hati sesuai dimakan dengan nasi, ketupat, lemang dan juga nasi impit.

Rendang Minang – Negeri Sembilan

via Cookpad.Com

Rendang ini yang berasal dari Negeri Sembilan yang diperkenalkan oleh masyarakat Minangkabau, maka dari situlah rendang ini dikenalai sebagai rendang minang. Biasanya proses memasak rendang minang mengambil masa yang sangat lama.

Rendang minang berbeza dari rendang biasa ialah dari bau dan rasanya dan rendang ini juga banyak menggunakan cili api. Rendang minang sesuai disajikan untuk pelbagai upacara dan perayaan.  Bagi masyarakat Negeri Sembilan, setiap kali perayaan, rendang minang pasti ada, jika tidak ada memang tak sah!

Rendang Daging Hitam – Sarawak

via Resipi Bonda

Bagi masyarakat Sarawak, rendang daging hitam adalah antara menu wajib setiap kali sambutan perayaan, kenduri dan majlis keraian. Rendang ini sesuai dimakan bersama nasi kuning, nasi putih, lemang dan kelupis. Rendang daging hitam sentiasa meniti di bibir penggemar dan resipi rendang daging hitam kini amat popular bukan sahaja di Sarawak malahan diseluruh negara. Rendang ini dimasak tanpa menggunakan santan dan rasanya sangat sedap!

Rendang Ayam Lengkuas – Sabah

via Resipiana

Menu ini adalah warisan turun temurun dan salah satu hidangan tradisi masyarakat Bugis dan dari nenek moyang bagi penduduk di Sabah. Rendang ini sentiasa menajdi hidangan yang popular dan enak dimakan bersama nasi, pulut, lemang, ketupat nasi, buras malah roti. Rendang ini juga sesuai disajikan pada majlis-majlis kenduri, perkahwinan, doa selamat, perayaan dan sebagainya.

Terdapat 2 jenis rendang ayam lengkuas iaitu versi basah dan kering. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk makan yang basah atau yang kering. Rendang ini juga biasanya dimasak dengan menggunakan ayam kampung. Tapi boleh juga gunakan ayam pencen atau ayam  daging biasa. Rendang ini banyak menggunakan lengkuas dan tidak pedas.

Menu ini merupakan menu wajib di dalam kalangan masayarakat Bugis setiap kali sambutan hari raya. Menu ini juga terkenal sebagai nama ‘Nasu Likku’ bagi masyarakat disana. ‘Nasu’ bermaksud masak dan manakala ‘likku’ bermakna lengkuas.

rendangmengikutnegeri sambutanperayaan makanantradisi
https://lomp.at/f3ro3
Share24Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Foto - Lubok Resepi (FB)
Selera

Tak Lengkap Bulan Ramadan Tanpa Bubur Lambuk- Ini Resepi Paling Senang & Sedap!

by Nurul A.
February 15, 2026

Jujur MURAI beritahu, memang tak lengkap bulan Ramadan jika tiada menu bubur lambuk. Menu ini boleh dikatakan hampir setiap hari...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Dekat Kuala Lumpur sekarang, susah nak jumpa nasi berlauk sedap dengan harga yang mesra poket. Semua mahal-mahal, lauk sikit pun...

Read moreDetails
LifeXplore

Biskut Raya 2026: Tradisional & Moden Untuk Raya Lebih Meriah

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang Aidilfitri, salah satu perkara yang paling dinanti ialah pilihan biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu. Setiap tahun, pelbagai jenis...

Read moreDetails
Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara