Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

Dapur Bersepah & Serabut? Jom Lihat 10 Idea Untuk Nampak Lebih Kemas

by Jash Lee
June 20, 2020
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Dapur adalah antara ruang yang sentiasa menjadi kegemaran di dalam rumah kerana di dapurlah kita akan selalu mencurahkan idea dan mengasah bakat dalam aktiviti masakan seharian untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang. Tapi dapur sebenarnya adalah ruang yang paling rumit untuk mengekalkan kekemasannya. Lebih-lebih lagi jika kita kerap dan setiap hari menggunakan dapur untuk memasak.

Kami di Murai.My ingin berkongsi sekali lagi dengan pembaca 10 idea bagaimana untuk menyusun atur kawasan dapur anda agar sentiasa kelihatan kemas.

Pinggan Mangkuk

via Deko Rumah

Lebih elok jika pinggan mangkuk disusun di dalam kabinet yang tertutup serta mempunyai bahagian untuk diletakkan agar  bahagian ini kelihatan lebih kemas dan tidak terkena habuk.

Pisau

via Impiana

Susun pisau di dalam bekas yang dikhaskan untuk pisau. Selain ianya lebih kemas dan tersusun, cara ini juga akan memudahkan anda mengambilnya kerana hulu pisau sentiasa berada di belah atas dan ini lebih selamat.

Kuali & Senduk

via Mingguan Wanita

Cara yang paling baik untuk menyimpan kuali dan senduk adalah dengan cara menggantungkannya mengikut saiz. Ini juga akan kelihatan lebih menarik jika kuali dan senduk di rumah anda dalam warna dan set yang sama. Inilah fungsi kuali dan senduk ada lubang kecil atau telinga di hujung pangkalnya.

Kabinet Dapur

via Mingguan Wanita

Sediakan ‘partition’ atau pembahagi di dalam kabinet agar barang yang disimpan akan kelihatan lebih kemas. Dengan cara ini juga, setiap barang yang disimpan lebih mudah diambil seperti pembakar roti, ‘blender’ , pengisar jus, periuk nasi dan sebagainya.

Label

via Vanilla Kismis

Barang-Barang seperti teh, kopi, gula, milo, rempah ratus, herba atau tepung juga yang disimpan di dalam bekas akan kelihatan lebih teratur jika dilabelkan dan disimpan di dalam bekas lutsinar.  Idea ini bagus untuk anak-anak mencari dan membezakan barang yang hendak diambil dengan lebih mudah bagi mengelakkan kekeliruan.

Perkakas Kecil

via Mingguan Wanita

Untuk mengelakkan dari kelihatan berserabut dan supaya tampak lebih kemas, anda boleh meletakkan semua perkakas dapur yang kecil dengan menggantungkannya dan menggunakan hook yang stabil . Dengan idea ini juga akan menjimatkan ruang dapur.

Makanan Dalam Tin

via The Vocket

Sediakan kabinet yang khas untuk semua makanan di dalam tin untuk disusun atur. Anda boleh menyimpan lebih banyak makanan dalam tin dan cara ini akan kelihatan lebih kemas dan terletak. Apa yang lebih baik ialah ianya mudah untuk dicari tanpa perlu memeriksa label. Pastikan kabinet yang disediakan lebih stabil dan kukuh.

Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran

Anda digalakkan untuk menyusun buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam bakul dan digantung mengikut turutan menegak ke bawah. Secara tidak langsung, ia juga boleh menjadi satu perhiasan yang menarik di dapur anda.

Bahan Pencuci Dapur

Bagi bahan-bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia amat sesuai diatur dan disimpan di bawah singki. Elakkan dari memindahkan bahan ini ke bekas yang lain, hanya susun terus dengan botol yang disediakan. Cara ini juga selamat bagi mengelakkan anak-anak kecil dari bermain bahan-bahan kimia yang akan memudaratkan.

Tong Sampah

via Rumah Kecil Sederhana

Tong sampah juga sebenarnya amat sesuai ditempatkan di dalam kabinet bagi memudahkan semua urusan di dapur. Namun apa yang perlu anda pastikan setiap masa adalah anda harus terus membersihkan tong sampah setelah penuh dan bagi mengekalkan kebersihan kabinet serta dari serangan semut atau serangga lain. Bagi sampah yang mengeluarkan bau yang kuat, lebih elok jika anda masukkan terlebih dahulu ke dalam plastik kecil baru dibuang.

Semoga perkongsian sekali ini akan memberi manfaat untuk anda. Selain ruang dapur anda akan kelihatan lebih kemas dan teratur, sedap juga mata memandang.

idearuangdapur kekemasandapur peralatandapur ruangdapur
https://lomp.at/klvnu
Share11Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Tips

20 Kawasan Berada Di Tahap Satu & 2 Panas- Ini Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau

by Nurul A.
March 24, 2026

Tak dinafikan beberapa hari kebelakangan ini, Semenanjung Malaysia berdepan dengan situasi cuaca panas sehinggakan Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Read moreDetails
Foto - LG Malaysia
Tips

Bakal Dilanda El Nino Terpanas Dalam Sejarah- Ini 5 Tips Hadapi Cuaca Panas Di Malaysia

by Nurul A.
March 29, 2026

Ini bukan sekadar cuaca panas. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kita kini berada dalam genggaman Monsun Barat Daya yang membara....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

  5. 5

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara