Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Harith Iskander Gembira Dapat Jadikan Anjing Kudung Sebagai Haiwan Angkat

by Phic ARMAN
June 23, 2020
365
KONGSIAN
Share on Facebook

Tindakan seorang wanita Muslim yang menyelamatkan anjing jalanan yang hilang sepasang kakinya telah menyentuh hati pelbagai pihak termasuk pelawak terkenal, Harith Iskander.

Seperti tinjauan Murai MY di Instagram Harith, dia telah berkongsi foto wanita Muslim yang dikenali dengan nama Nurull Ain Abdul Hamid itu dengan anjing bernama Marvela yang diselamatkan. Dalam foto tersebut, Harith menyuarakan hasratnya untuk menjadikan Marvela sebagai haiwan angkat.

Juara Funniest Person In The World 2016 itu berkata, dia bersama isterinya mendengar kisah Nurull dan Marvela secara dalam talian. Mereka berdua terus sepakat untuk bertemu Nurull dan mahu jadikan Marvela sebagai haiwan angkat.

View this post on Instagram

A post shared by Harith Iskander (@harithiskander)

“Kami jatuh cinta pada Marvella ketika isteri saya @drjezaminelim menemukan ceritanya secara online dan terus berkata, “Kita perlu melakukan sesuatu untuk anjing ini dan wanita yang menyelamatkannya. Setelah berbincang dengan Nurul, kita semua sepakat tentang “Foster home” di mana Marvella akan tinggal bersama kami dan kami akan membawanya kembali untuk bersama penyelamatnya setiap bulan”- tulisnya di Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by Nurul Ain Abdul Hamid (@nurullainabdulhamid)

Harith menambah, dia sangat gembira diberi kesempatan untuk menjaga Marvela bersama dua kucing peliharaannya yang lain. Mereka berdua berjanji akan merawat Marvela sepertimana Nurull menjaganya selama ini.

Nurull Berharap ramai lagi orang yang terkenal membantu

Rata-rata netizen memuji sikap pasangan ini. Namun ada juga segelintir netizen yang masih kurang cerdik ketika memberi rekasi di ruangan komen. Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Menurut Nurull, dalam Islam diajar untuk berbuat baik kepada haiwan.

“Walaupun anjing ini dipandang benci oleh sesetengah masyarakat , Alhamdullilah masih lg ada yang menyayangi. Sedangkan dalam islam kita diajar berbuat baik kepada haiwan , sedangkan dalam islam kita dibenarkan membela anjing untuk tujuan berburu menjaga kebun apatah lg perkara yang lebih mulia di mana kita menjaga anjing yang perlukan perlindungan dan menyelamatkan mereka”- katanya di Instagram

Dalam masa yang sama Nurull,  Marvela adalah anjing yang tidak mempunyai kedua dua belah kaki depan dan pernah dibuli dipukul orang dahulu. Dia berharap semoga ramai lagi orang yang terkenal membantu dan menyayangi makhluk Allah ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Harith IskanderNurull Ain Abdul Hamid
https://lomp.at/6qtxg
Share189Tweet74SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem