• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Kangana Ranaut Anggap Hrithik Roshan Seorang Yang “Kaki Fitnah”

by Phic ARMAN
June 24, 2020
988
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin nama artis bollywood ini tidaklah sepopular Kajol ataupun Kareena Kapoor. Namun Kangana Ranaut kini menjadi salah satu pelakon Bollywood dengan bayaran tertinggi.

VIa TImes Of India

Tetapi siapa sangka, perjuangannya dalam kedudukan sekarang tidak mudah. Kangana melalui banyak berdapan dengan isu nepotisme dan orang-orang besar dalam industri filem India.

Namun Kangana Ranaut memiliki keberanian untuk menentang mereka yang menentangnya, termasuk bekas kekasihnya, Hrithik Roshan.

Siapa yang tak kenal dengan Hrithik Roshan kan? sebelum ini Murai MY pernah mengeluarkan artikel tentang jejaka kacak ini menjadi aktor paling Hot di dunia.

BACA: Wow! Hrithik Roshan Diiktiraf Lelaki Paling ‘Hot’ Di Dunia

Dituduh Mata Duitan Dan Materialistik

Dalam sebuah temubual eksklusif di PinkVilla, Kangana Ranaut secara terbuka mengakui bahawa Hrithik telah cuba memfitnahnya dengan memberikan label gold digger atau”mata duitan” Bagaimana pengakuan Kangana Ranaut? Lihat artikel rangkuman oleh Murai MY.

Kangana Ranaut baru-baru ini secara terbuka menyatakan masalahnya dengan Hrithik Roshan, yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Di mana, pada waktu itu Kangana dan Hrithik telah terlibat dalam isu perselingkuhan, malah mereka saling melaporkan kepada polis.

Bukan itu sahaja, Kangana juga dituduh cuba mendapatkan wang Hrithik Roshan. Walaupun sejak awal kariernya, dia tidak mempunyai berniat untuk menjadi mata duitan.

“Apabila saya melihat kembali perjalanan karier saya, saya merasa bangga tetapi pada masa yang sama, saya akan mengatakan bahawa sejak saya bermula, saya tidak mempunyai cita-cita menjadi seorang materialistik” kata Kangana Ranaut seperti yang dilaporkan oleh Pinkvilla.

“Itu beberapa tahun yang lalu ketika zaman kejatuhan kerana salah satu bekas kekasih saya (Hrithik Roshan) dan semua kes undang-undang berlaku. Saya masih ingat ketika itu saya menjadi perbincangan, di mana saya berasal dari sebuah bandar kecil dan mencari wang. Wanita dinilai berdasarkan itu. Itulah sesuatu menjengkelkan jika anda dituduh, tetapi ia boleh mengubah perjalanan hidup anda,”- sambungnya

Terbukti Kehidupan Kangana Ranaut Lebih Baik Dari Hrithik Roshan

Tetapi di sebalik masalah itu, Kangana Ranaut kini bangga dengan usaha yang telah diperolehnya selama ini, di mana Kangana dapat tinggal di rumahnya sendiri. Dia juga membandingkan hidupnya dengan Hrithik Roshan, yang dianggap masih bergantung pada ayahnya.

“Hari ini, saya dengan bangga dapat mengatakan bahawa mantan saya tinggal di rumah sewa yang dibiayai oleh bapanya dan saya telah membeli sebuah rumah dan mempunyai ruang pejabat saya sendiri, “sambungnya.

Pelakon berusia 33 tahun itu menyedari bahawa dia tidak dapat membuktikan tuduhan itu dengan kata-katanya. Tetapi Kangana bertekad untuk menunjukkan kepada lawannya bahawa dia dapat menjadi salah satu orang terkaya di India dengan kerja kerasnya.

“Jika dia berkata kepada rakan-rakannya, ‘Oh, dia hanya mengejar wang saya.’ Saya tidak tahu bagaimana untuk buktikan bahawa saya tidak seperti itu. Dalam hubungan, bagaimana orang yang tidak mempunyai kekayaan, berasal dari sebuah bandar kecil tidak mempunyai peluang bercinta “- sambung pelakon filem Krrish 3 ini.

“Saya tidak mempunyai suara di dunia materialistik nepotistik ini.  saya hanya fikir akan memiliki rumah terbaik yang tidak dimiliki sesiapapun. Dan pada usia 50 tahun, saya akan menjadi salah satu orang terkaya di India. Itulah yang saya  putuskan, “kata Kangana Ranaut.

Kangana Ranaut
https://lomp.at/fchjk
Share986Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @gaurikhan (IG)
Bollywood

Jika Bukan Hindu Atau Islam, Apa Agama Anak-Anak Shah Rukh Khan?- Ini Penjelasannya…

by Nurul A.
November 3, 2025

Semua sedia maklum bahawa agama Shah Rukh Khan bukan lagi rahsia. King of Bollywood itu beragama Islam, manakala isterinya, Gauri...

Read moreDetails
Bollywood

7 Artis Bollywood Ini Diajak ‘Buat Seks’ Dengan Produser, Demi Watak Besar Dalam Filem

by Zaidin Albert
February 11, 2020

Bukan mudah nak jadi popular sebaris dengan artis-artis terkenal Bollywood terutamanya untuk artis wanita. Setiap orang perlu melalui pengalaman-pengalaman sukar...

Read moreDetails
Foto - @dyavol.x (IG)
Bollywood

Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

by Nurul A.
January 30, 2026

MURAI yakin peminat Bollywood di luar sana panik selepas dengar khabar angin ini! King of Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan...

Read moreDetails
Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
Bollywood

5 Skandal Seks Artis Bollywood Yang Menggemparkan Industri

by Zaidin Albert
October 12, 2018

Pada zaman era 2020 ini, internet telah menjadi sesuatu yang wajib untuk setiap manusia yang ada dalam dunia ini. Seperti...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore