Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Siti Sarah Tangguh Lagu Baharu Tahun Hadapan

by Khai Azfar
June 25, 2020
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Akur dengan faktor semasa akibat penularan wabak COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan pada Mac lalu, penyanyi Siti Sarah Raissuddin berkongsi khabar berita mengenai lagu baru nya yang akan ditangguhkan pada tahun hadapan.

Ikut Situasi Semasa 

Menurut Sarah ketika ditemui Murai.my di majlis pelancaran cawangan kedua kafe Bubble Bee baru-baru ini, keputusan itu dibuat atas nasihat syarikat rakamannya (Indigital Music) memandang situasi semasa yang tidak mengizinkan. Dedah Sarah lagi, lagu yang bergenre Balada itu sudah pun siap sepenuhnya dan pada mulanya dijadualkan pelancarannya pada April.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Namun kerana penularan wabak yang meragut jutaan nyawa seluruh dunia ini, Sarah berkemungkinan akan memperdengarkannya pada tahun hadapan.

“Saya sebenarnya merancang untuk bawa keluar lagu baru berentak Balada. Namun disebabkan PKP, saya rasa tak yakin untuk keluarkannya sekarang.

“Syarikat rakaman pun pun cakap tangguh, mungkin pada tahun hadapan. Kita tunggu sahaja masa yang sesuai”

“Sepatutnya lagu ini dilancarkan pada bulan April, sewaktu PKP. Jadi sekarang apa yang saya buat adalah menumpukan sepenuhnya pada perniagaan. ” kongsi Sarah

Fokus Pada Bisnes

View this post on Instagram

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Dalam pada itu, isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu ini meluahkan rasa syukur kerana perniagaan yang berasaskan produk kosmetik dijalankannya selama ini mendapat sambutan yang cukup mengalakkan.

“ Saya ingat bila jadi pengasas produk ini, saya boleh lepaskan dekat orang. Tapi tidak, sebab niat saya pada mulanya ingin membantu orang dan benda itu saya tak boleh nak tinggal”

“Bila waktu PKP ini saya lihat ‘Ya Allah ramainya yang kena buang kerja’. Saya rasa macam saya ada satu tanggungjawab baru”

“ Saya ada bisnes, Shuib ada bisnes.Dengan ini kami mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk orang ramai”

Menurut Sarah, dia percaya dengan hikmah disebalik niat untuk membantu orang ramai kerana niatnya memulakan perniagaan adalah kerana ingin sama-sama membantu mereka mencari pendapatan sampingan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
siti sarah
Share11Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  5. 5

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara