Wednesday, July 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Difitnah Jual Produk “Sampah”, Linda Rafar Saman Individu Bergelar Doktor

by Phic ARMAN
June 26, 2020
122
KONGSIAN
Share on Facebook

Linda Rafar telah memfailkan saman fitnah terhadap seorang doktor yang dikenali sebagai Rusyainie Ramli kerana menerbitkan “postings” palsu dan fitnah yang tak terkira banyaknya mengenai penyanyi itu. Doktor tersebut telah menyatakan Linda telah, antara lain, menjual produk “sampah” di laman media sosialnya.

“Linda Rafar telah menuntut permintaan maaf dan ganti rugi pada tahun lalu tetapi tidak mendapat respons dari doktor tersebut. Selebriti itu kini berusaha untuk membersihkan nama beliau melalui proses pengadilan di mahkamah. Salinan saman tersebut telah dimeterai di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada minggu ini,” kata pengurus krisis, “publicist” dan jurucakap Linda Rafar, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations and Communications.

https://www.instagram.com/p/CBPXsSfpsE7/

Linda Rafar memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Hafarizam, Wan dan Aisha Mubarak untuk membuktikan kebenaran secara terbuka, bagi memberitahu orang ramai dan pihak berkepentingan (stakeholders) mengenai fakta yang sebenar dan mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya terhadap kemudaratan yang disebabkan oleh kenyataan palsu dan fitnah defendan, dan kegagalan untuk meminta maaf padanya. Linda memfailkan ganti rugi sebanyak RM1 juta.

Defendan sedar pernyataan, catatan dan komen itu palsu dan fitnah kerana terdapat rekod dokumen oleh Mahkamah Sesyen, Shah Alam ketika mahkamah telah membuat keputusan pada 8 Mei 2019 bagi saman sivil yang diambil oleh seorang jururawat terhadap Linda. Kedua-dua pihak telah dinasihati untuk menyelesaikan masalah berdamai dan mereka berdua telahpun melakukan, seperti yang disarankan oleh hakim.

“Dr. Rusyainie Ramli menyedari pernyataan palsu pada masa ia diterbitkan dan tujuannya adalah untuk mencemarkan imej, reputasi dan jenama peribadi Linda Rafar sebagai selebriti terkenal sambil menyebarkan pembohongan kepada pengikutnya dan orang lain yang mempunyai akses internet untuk membaca catatan ini,” kata peguam kepada Linda Rafar, Wan Azmir Wan Majid.

“Kami berpendapat bahawa ianya telah mejadi satu “trend” akhir-akhir ini di mana banyak pengejar pengaruh (clout chasers) membuat “postings”, komen dan penyataan yang lancang, kontroversi dan berat sebelah terhadap selebriti dan klien berprofil tinggi yang kami wakili, berusaha untuk menaikkan populariti menggunakan nama orang lain untuk menguntungkan diri mereka sendiri. Penerbitan di Facebook oleh doktor tersebut mengikut modus operandi yang sama; kata-kata yang sangat berat sebelah, kasar dan memfitnah, daripada orang yang tidak dikenali oleh anak guam kami.” tambah Wan Azmir Wan Majid.

Dr. Rusyainie Ramli tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi atau profesional dengan Linda Rafar. Dia tidak pernah menghubungi Linda untuk bertanya atau mendapat pengesahan sebelum menyiarkan kenyataan, catatan dan komen yang memfitnah dan menjatuhkan reputasi Linda.

Pasukan undang-undang Linda Rafar terdiri daripada Wan Azmir Wan Majid, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli.

https://lomp.at/c7h8c
Share55Tweet28SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Shila Amzah Restu Ibu Kahwin Duda, Akui Tak Sempat Tetapkan Tarikh Nikah Tapi Minta Jangan Hebahkan Awal

by Puteri Alia
July 15, 2025

“Semua orang berhak mengecapi kebahagiaan termasuk emak saya.” Itu jawapan penuh tenang dan terbuka daripada penyanyi terkenal, Shila Amzah, ketika...

Read more
Lokal

“Awie Minta Maaf”-Shila Amzah Diminta Berdamai Elak Aib Industri Terus Tular

Sebagai salah seorang figura senior dalam industri hiburan, Datuk Awie tampil dengan nada damai berhubung kemelut yang melibatkan Shila Amzah...

Read more
by Puteri Alia
July 15, 2025
Lokal

Noorkhiriah Diselubungi Bau Kapur Barus Ketika Memandu, Dakwa Hampir Dihalau Entiti Misteri

Cemas, panik dan menggigil lutut, itulah yang dilalui pelakon berbakat besar Noorkhiriah ketika memandu sendirian di sebuah lebuh raya di...

Read more
by Puteri Alia
July 15, 2025
Lokal

Syasya Rizal Bengang Disamakan Dengan Babi, Siap Sedia Saman Netizen Biadab!

Isu video tular memaparkan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, tanpa sengaja termakan daging babi sewaktu melancong ke China masih...

Read more
by Puteri Alia
July 15, 2025
Foto - @milalkunis (IG) / @eltonjohn (IG)
Hollywood

6 Selebriti Hollywood Alami Masalah Penglihatan- No.3 Buta Kerana Jangkitan

Sebilangan selebriti Hollywood mengalami pelbagai masalah penglihatan, daripada glaukoma, iritis sehingga buta sepenuhnya. Walaupun masalah penglihatan telah membataskan pergerakan mereka...

Read more
by Soph Azz
July 15, 2025
Foto - @jenniferaniston (IG)
Hollywood

7 Tahun Menjanda, Kini Jennifer Aniston Bercinta Pula Dengan Ahli Hipnoterapi

Nampaknya selepas tujuh tahun hidup bersendirian (selepas bercerai dengan Justin Theroux pada tahun 2018), aktres Jennifer Aniston kembali menjalinkan hubungan...

Read more
by Soph Azz
July 15, 2025
Foto - @tipijabrik (IG) / @bouttier_maxime (IG)
Indonesia

Sebelum Melamar Luna Maya, Individu Ini Sempat Ugut Maxime Bouttier

Aktres Indonesia, Luna Maya akhirnya telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya iaitu Maxime Bouttier. Kisah cinta mereka menjadi tumpuan...

Read more
by Soph Azz
July 15, 2025
Foto - @maiaestiantyreal (IG) / @ahmaddhaniofficial (IG)
Indonesia

Maia Estianty Dituduh Baling Remote TV Ke Ahmad Dhani- “El Saksinya”

Rasanya selagi Maia Estianty tidak buka suara atau memberi respons terhadap dakwaan Ahmad Dhani dalam video di saluran YouTubenya, "Kompilasi...

Read more
by Soph Azz
July 15, 2025
Indonesia

[VIDEO] BCL Kembali Dengan Konsert ‘Cinta’ Luar Biasa Di KL Pada 27 September Ini, Harga Tiket Pre-Sale Hanya RM259!

Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari kembali mengubati rindu peminat dengan mengadakan konsert BCL: Eternal Love- Timeless Romance pada 27...

Read more
by Naddy Joe
July 15, 2025
Lokal

[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Gelagat Anak Kedua Berak Dalam ‘Pool’, Reaksi Nabil Mahir Pula Buat Netizen Terhibur!

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Aali Mateen yang terberak di dalam...

Read more
by Naddy Joe
July 15, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  3. 3

    Dari Pramugari Sampai Ratu Cantik, 3 Mantan Isteri Amy Search Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    “Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

  5. 5

    [VIDEO] Kronologi Kes Shila Amzah & Amy Search: Dari Rehearsal, Netizen Keliru Sampailah Muncul Monolog ‘Heii Betina’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem