Saturday, May 28, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

‘Day Trip’ Di Kuala Langat! Jom Intai 9 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Sini

by Aphit J.
July 5, 2020
‘Day Trip’ Di Kuala Langat! Jom Intai 9 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Sini

via Mah Meri

15
KONGSIAN
Share on Facebook

Kuala Langat merupakan salah satu dari sembilan daerah yang terletak di Negeri Selangor. Ramai yang tidak tahu bahawa Kuala Langat mempunyai pelbagai tarikan pelancong dan pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini.

Untuk anda yang bercadang untuk membuat day trip ke Kuala Langat, di sini kami cadangkan beberapa tempat menarik yang wajib dikunjungi sekiranya ke Kuala Langat.

Sarapan Di Phua Kian Guan

via A Cup Of Coffee

Mulakan hari anda dengan menikmati sarapan pagi di Restoran Phua Kian Guan. Dekorasi dalaman restoran ini yang bercirikan gaya lama semestinya akan membawa anda kembali ke zaman dahulu! Di sini terdapat pelbagai pilihan kuih dan mi untuk anda cuba.

Berjalan-Jalan Di Sekitar Kuil Fo Guang Shan Dong Zen

via Asia Gate

Terletak di Jenjarom, kuil yang berkeluasan 16 ekar ini mempunyai seni bina yang sangat menarik serta menjanjikan pemandangan yang menakjubkan. Ianya seolah-olah anda berada di negara luar. Menariknya tiada bayaran masuk dikenakan dan anda boleh kunjungi kawasan ini bermula jam 10 pagi setiap hari.

Melawat Mah Meri Cultural Village

via Mah Meri

Di sini anda dapat melihat dan merasai sendiri kehidupan sebenar suku-kaum Mah Meri serta aktiviti-aktiviti mereka dengan menyertai pakej lawatan yang ditawarkan.

Semasa anda berada di sini, jangan lupa untuk kunjungi bengkel Mah Meri untuk mendapatkan pengetahuan tentang seni kraf tangan yang tentunya memberikan pengalaman lawatan yang lebih mengujakan!

Makan Tengahari Di Restoran Selera Tujuh

via Says

Restoran yang terletak di Banting ini mempunyai pelbagai jenis makanan Malaysia yang terdiri daripada Nasi Ayam, Nasi Ambeng, Asam Pedas, Ikan Bakar dan bermacam-macam lagi pilihan yang patut anda cuba!

Sekiranya anda adalah seorang rakyat Malaysia yang sudah terdedah dengan kepelbagaian budaya, anda sudah pasti akan menyukai setiap hidangan lazat di restoran ini.

Membeli-Belah Di Kedai Kerepek Ros

via Emily2u

Setuju ataupun tidak, membeli-belah adalah salah satu perkara yang paling seronok untuk dilakukan ketika melancong! Adalah sangat merugikan sekiranya anda melawati daerah Kuala Langat tanpa menjejakkan kaki ke Kedai Kerepek Ros yang terkenal di sini.

IKLAN

Terdapat pelbagai jenis makanan ringan yang dijual di sini antaranya Ubi Masin, Pisang Tanduk, Kuih Siput dan bermacam-macam lagi!

Bersiar-Siar Di Bukit Jugra

via Paraglider Malaysia

Bukit Jugra merupakan tarikan paling terkenal di Hulu Langat. Di sini anda akan dapat menikmati sebuah pemandangan yang indah dan bagi yang sukakan cabaran, anda bolehlah menempah sesi paragliding untuk menikmati keindahan Kuala Langat secara langsung.

Melawat Kuan Wellness Eco Park

via Tourism Selangor

Oleh kerana Hulu Langat terkenal sebagai antara destinasi pengeluar sarang burung yang terbaik di Malaysia, pastikan anda tidak ketinggalan untuk datang ke Kuan Wellness Eco Park.

Di dalam Taman tersebut, anda akan dapat menikmati pelbagai jenis tarikan seperti Swiftlet Home, Eco Park, Bird’s Nest Gallery dan juga Eco-Café. Anda juga dapat menyaksikan bermacam-macam spesis burung, ikan dan reptilia lain di zoo mini mereka.

Berkunjung Ke Pantai Morib

via Maria

Tiada ada yang lebih menenangkan selain daripada berjalan-jalan di sekitar Pantai Morib untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam. Di sini anda akan disajikan dengan pemandangan pantai yang indah serta udara yang segar.

Jangan lupa untuk mencuba pelbagai pilihan ikan bakar, sotong goreng tepung dan makanan laut yang terdapat di sekitar pantai.

Makan Malam Di Assam Batu Laut

via Triip

Salah satu cara yang terbaik untuk menamatkan hari anda adalah dengan menikmati makan malam di restoran makanan laut yang terbaik di Kuala Langat. Di sini terdapat pelbagai pilihan menu makanan laut yang segar dan pastinya tidak akan mengecewakan anda.

Rebutlah peluang untuk mengembara ke destinasi yang terkenal di daerah Kuala Langat sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di Negeri Selangor. Oleh kerana ianya terkenal dengan hasil pertanian serta mempunyai pelbagai tarikan kebudayaan dan sejarah, pastikan anda kunjungi setiap lokasi yang kami cadangkan kepada anda!

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: antiviti di hulu langatbukit jugrahulu langatikan bakar hulu langatrestoran hulu langattourism selangor
Share13Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

‘Macam Tak Percaya Dah Jadi ‘Ghostown’- Keadaan Terkini MAPS Perak Benar-benar Menakutkan
Jalan-Jalan

‘Macam Tak Percaya Dah Jadi ‘Ghostown’- Keadaan Terkini MAPS Perak Benar-benar Menakutkan

by Phic Arman
May 17, 2022

Di tengah-tengah kesesakan bandar Ipoh, terdapat sebuah taman tema yang kini tidak ubah seperti bandar hantu atau 'ghost town'. Sunyi,...

Read more
Menarik! Ini Seleksi Makanan Terbaik Di Sepang Yang Perlu Anda Cuba!
Jalan-Jalan

Menarik! Ini Seleksi Makanan Terbaik Di Sepang Yang Perlu Anda Cuba!

by Aphit J.
May 14, 2022

Sudah tentu Selangor telah menjadi destinasi pelancongan yang terkenal dengan bakat kulinarinya, memberikan tetamu pengalaman gastronomi yang tidak dapat dilupakan!...

Read more
ESCAPE Penang Sekali Lagi Pecah Rekod Dunia Dengan “Zip Coaster” Terpanjang
Jalan-Jalan

ESCAPE Penang Sekali Lagi Pecah Rekod Dunia Dengan “Zip Coaster” Terpanjang

by Phic Arman
May 14, 2022

ESCAPE Penang, sekali lagi melakar sejarah dengan pembukaan secara rasmi 'Zip Coaster' terpanjang di dunia, iaitu sepanjang 1.1 kilometer dan...

Read more
Menarik! Ini 7 Penginapan Airbnb Yang Menakjubkan Untuk Meraikan Aidilfitri
Jalan-Jalan

Menarik! Ini 7 Penginapan Airbnb Yang Menakjubkan Untuk Meraikan Aidilfitri

by Naddy Joe
May 3, 2022

Kemeriahan balik kampung sudah mula terasa dengan persiapan Raya yang sedang giat dibuat! Rakyat Malaysia di seluruh negara begitu teruja...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kahwin Jela Dato, Halal Nak Pegang Mana Pon” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Tengok DSV Dan Lucinta Luna Bersentuhan Di Pavilion

  2. 2

    ‘Lebih Kurang Sama Dengan Gambar Yang Tengah Viral” – Netizen Samakan Sambutan Hari Lahir Anak Jep Dengan Menteri

  3. 3

    Oksana Voevodina Tetap Yakin Anak Lelakinya Ismail Leon Berdarah Campuran Malaysia, Ini Buktinya!

  4. 4

    [EKSKLUSIF] “Kak Nita Pernah Luahkan Rasa Sedih Dengan…”- Bekas Pengarang Kongsi Isi Perbualan Dengan Anita Sarawak

  5. 5

    “Longgarkan Sedikit Pakaian, Kesian Dekat Abang Dan Adik Tahfiz” – Netizen Tegur Cara Berpakaian Janna Nick

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2021 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera