Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Kulit Album Terbaharu Teruk Dikecam! Ini Penjelasan Siti Nurhaliza

by Khai Azfar
July 7, 2020
133
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak dilancarkan pada 3 Julai yang lalu, album terbaharu penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang berjudul ManifestaSITI2020 menerima pelbagai respon daripada peminat dan juga warganet.

Kulit Album Jadi Bahan Kritikan

Di sebalik pujian yang diterima mengenai 11 lagu yang dimuat naik dalam album tersebut, di media sosial terdapat segelintir pengguna yang mengecam rekaan kulit album berkenaan. Menurut mereka, kulit album tersebut kelihatan tidak bersesuaian dengan ‘kemunculan semula’ Siti malah ada diantaranya turut menyamakan rekaan kulit album ManifestaSITI2020 seperti kulit wajah hadapan majalah hartanah.

Siti Harap Peminat Beri Peluang 

Menjawab kecaman tersebut, menerusi temubual pelantun Kuasa Cintamu ini bersama Melodi, Siti berkata album kali ini seperti pembaharuan yang mana ianya merupakan hasil perbincangan Siti dan pasukannya untuk memberikan yang terbaik.

antara komen dari warganet

Malah kongsi Siti, sekiranya peminat mahukan kulit album, mahupun gambar-gambar yang memberikan gambaran yang jelas seperti mana album-album yang lain, mereka boleh merujuk kepada kulit album Siti terdahulu.

“Beauty Shot itu dah banyak sangat saya buat. Kalau anda nak tengok saya punya beauty shot, pergi tengok album saya yang lama-lama dan tataplah puas-puas.

Tetapi ini, bagi chance saya dan team saya untuk decide cover yang terbaik menurut kami yang professional ini. so inilah hasilnya, saya suka,puas hati dan saya harap peminat saya dapat menerima nyanyian muzik di dalam ini untuk dijadikan peneman setia, pengubat duka dan sebagainya, itu yang paling penting” kata Siti menerusi temubual tersebut

Sebagai rekod, 11 lagu tersebut termasuk lima lagu baharu seperti Takhta Dunia, Aku Bidadari Syurgamu, Kuasa Cintamu, dan Tertulis Nama Kita antara yang dimuatnaik dalam Manifesta SITI2020.

Selain itu, Siti turut mengumumkan single duet nya bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta berjudul 7 Nasihat, video muziknya akan menemui peminat pada hari ini jam 7 malam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
kulit album sitiManifestaSITI2020
https://lomp.at/1bg97
Share56Tweet32SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem