Saturday, December 2, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Neelofa Pelawa Netizen Sertai Ibadah Korban Bersama

by Khai Azfar
July 8, 2020
37
KONGSIAN
Share on Facebook

Biarpun baru ditubuhkan, namun Pertubuhan Kasih Neelofa milik selebriti terkenal Neelofa telah memberi peluang kepada orang awam untuk melaksanakan ibadah korban dengan mudah menerusi program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha, yang dikelolakan di bawah pertubuhan naungannya itu.

Terima Sambutan Menggalakkan 

Merupakan program perdana anjuran pertubuhan tersebut, Neelofa berkata, sambutan yang diterima sejak Qurban Kasih Neelofa Aidiladha dibuka kepada umum begitu menggalakkan.

“Sejak diumumkan baru-baru ini, sambutan yang diterima daripada orang awam begitu memberansangkan.

“Mungkin disebabkan norma baharu sempena PKPP ini yang memerlukan kita untuk sentiasa menjaga jarak dan duduk di rumah, kebanyakan daripada mereka mengambil peluang ini untuk melaksanakan ibadah menerusi program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha ini,” kongsi Neelofa kepada edaran pihak Murai.my

Diuruskan Oleh Pertubuhan 

Menerusi program tersebut, satu bahagian lembu dikenakan bayaran sebanyak RM750. Urusan pemilihan lembu korban sehinggalah penyembelihan dan pengagihan daging kepada golongan asnaf dan fakir diuruskan sendiri oleh pihak pertubuhan.

Sementara itu, Neelofa menambah, pihak pertubuhan akan menjalinkan kerjasama dengan pihak NGO dan swasta, bagi merancakkan program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha berkenaan.

“Kami ingin memperluaskan program ini. Justeru, kerjasama dengan badan-badan NGO dan bukan kerajaan lebih memudahkan pihak kami bagi proses pengagihan dan mengenal pasti individu yang memerlukan di setiap negeri,” katanya lagi.

Bagi yang ingin menyertai program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha, pendaftaran masih dibuka sehingga 23 Julai 2020, seminggu sebelum ketibaan Hari Raya Haji.

Buat pembaca Murai.my yang berminat boleh menghubungi 010-220 0851 atau e-mel kepada kasihneelofa@gmail.com untuk keterangan lanjut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER neelofaPertubuhan Kasih Neelofa.
Share18Tweet8SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kongsi Gambar Koleksi Baru Tudung, Netizen Mula Perasan Sesuatu Pada Baju Fazura

  2. 2

    [VIDEO] Nabila Razali Menyanyi Di Majlis Konvokesyen Raih Perhatian Ramai-“Inai Masih Merah Sis!”

  3. 3

    Petua Kecantikan Orang Dulu Yang Popular, No.2 Paling Ramai Buat Sampai Sekarang!

  4. 4

    Pencinta MotoGP Wajib Tahu! Tissot Perkenalkan T-Race MotoGP 2023 Edisi Terhad

  5. 5

    “Boleh Bungkus Baju Dan Balik Kampung!” – Michael Ang Selar Kegiatan Menipu Mak Cik Kemboja

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes