Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Orang Penang Rupanya! 7 Fakta Isteri Andy Lau, Anak Usahawan Malaysia

by Phic ARMAN
July 8, 2020
126
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa tak kenal dengan bintang popular dari Hong Kong, Andy Lau. Andy sangat berahsia tentang kehidupan peribadinya. Tidak ramai yang tahu, sekiranya Andy telah menikahi anak seorang hartawan dari Malaysia.

Seperti yang Murai MY terbaca dari laman Goodyfeed, wanita itu bernama Carol Chu. Hanya beza umur empat tahun dari Andy Lau, Carol kini berusia 54 tahun.

Via brns.com

Andy dan Carol bertemu pada tahun 1986. Andy berkunjung ke Kuala Lumpur untuk kejohanan bersama Pasukan Bola Sepak Selebriti Hong Kong. Pada masa itu, Andy yang berusia 24 tahun jatuh cinta dengan Carol Chu yang berusia 18 tahun setelah bertemu satu sama lain melalui rakan lain. Ini berlaku semasa Andy dan bekas kekasihnya, Yu Ke Xin baru berpisah.

Murai MY difahamkan sejak dari itu, Andy selalu menjauhkan hubungannya dari media. Walaupun sudah 33 tahun bersama, namun sebenarnya Andy dan Carol Chu baru mendaftarkan perkahwinan mereka pada tahun 2008, tetapi mengadakan majlis perkahwinan yang mewah seperti kebanyakan artis.

Carol dilaporkan bekerja sebagai model sebelum akhirnya mengahwini Andy. Dia dikenali dengan perwatakan yang pemalu, dan itu membuat Andy tidak mahu menghebohkan hal tentang isterinya kepada orang ramai. Berikut beberapa fakta mengenai Carol seperti yang diringkas oleh Murai MY.

Bekas Model

VIA hk.apple.nextmedia.com

Nama sebenar Carol Chu Lai Chien, merupakan seorang bekas model. Carol dikatakan telah memutuskan untuk berhenti dari profesinya setelah berkahwin dengan Andy. Tetapi malangnya, Murai MY tidak ada maklumat yang jelas mengenai perkara ini.

Seorang Yang Pemalu

VIA asianpopnews.com

Andy pernah mendedahkan alasan mengapa tidak mahu menghebohkan hal isterinya menerusi program TV berjudul A Date with Lu Yu. Sebabnya, Carol adalah orang yang pemalu dan tidak suka mendapat perhatian media. Walaupun pada akhirnya, dia harus menerima hakikat bahawa hidupnya akan menjadi perhatian kerana bersuamikan seorang selebriti.

Anak Usahawan Dari Malaysia

VIA Wales Online

Siapa sangka orang Hong Kong memetik bunga di Malaysia. Murai MY mendapat info dari Jaynestars, Carol bukan dari keluarga yang biasa-biasa. Dilahirkan di Penang, Carol merupakan anak pemilik syarikat  harta tanah di Malaysia.

Sumber dari DramaAsian memberitahu, Tan Sri Vincent Tan, adalah bapa saudara Carol. Beliau salah seorang CEO Berjaya Group, iaitu salah satu syarikat terbesar di Malaysia. Keluarga Carol juga dilaporkan memiliki restoran makanan laut yang berjaya.

Suka Berjimat

Walaupun mempunyai latar belakang yang kaya, tetapi Carol bukanlah sejenis yang suka bermegah dengan wang ringgit. Malah dia seorang yang sangat berjimat. Carol lebih suka membeli peralatan rumah dengan harga yang berpatutan. Malah dia membeli pakaian yang diberi potongan harga atau diskaun. Laman Jaynestars mendedahkan tempat tidur Carol  hanya bernilai 1,190 dolar Hong Kong iaitu sekitar RM657.

Sangat Bersederhana

VIA Lollipop.sg

Bukan itu sahaja, penampilan Carol jauh dari kemewahan. Semasa keluar, Carol lebih gemar memakai pakaian biasa. Bahkan untuk mengelakkan dari dirinya dikenali orang ramai, dia memilih untuk menutup wajahnya dengan topeng.

Naib Juara Pertandingan Ratu Cantik Malaysia

VIA club.mangocity.com

Pada tahun 1985, Carol memenangi gelaran naib juara kedua dalam pertandingan kecantikan Malaysia, “Miss Trendy” pada usia 18 tahun. Dia membawa diri dengan anggun dalam pertandingan kecantikan, menyatakan bahawa dia sangat berminat untuk memasak dan sering menyiapkan makanannya sendiri.

Ibu Kepada Seorang Anak

VIA 8Days

Carol kini bukan hanya isteri kepada Andy. Dia juga memegang status sebagai ibu kepada seorang anak. Carol Chu melahirkan anak pertamanya dengan Andy Lau yang bernama Hanna Lau pada tahun 2012.

Ketika berusia 50 tahun, Carol Chu dilaporkan mengandung anak keduanya. Ini juga menimbulkan kebimbangan memandangkan usia agak tinggi. Pada waktu itu, Carol dilaporkan telah memasuki usia kandungan empat bulan. Namun Murai MY difahamkan, Andy menafikan berita itu dan mengatakan isterinya semakin gemuk, tidak hamil.

https://lomp.at/nqtig
Share112Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Terdesak, Victoria Beckham Rayu Brooklyn Kembali Ke Keluarga

by Nurul A.
March 25, 2026

Selebriti dan pereka fesyen, Victoria Beckham akhirnya mengalah apabila dia dilaporkan sangat terdesak untuk memulihkan hubungannya dengan anak sulung, Brooklyn...

Read moreDetails
Foto - @selenagomez (IG)
Hollywood

Pernah Viral Kerana Cium Kaki Suami, Selena Gomez Akhirnya Pilih Untuk Cerai?

by Nurul A.
April 28, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan suaminya, Benny Blanco secara tiba-tiba menjadi bualan ramai selepas muncul dakwaan bahawa hubungan mereka berada...

Read moreDetails
Foto - @brooklynpeltzbeckham (IG) / @hancross (IG)
Hollywood

Model Akui Menyesal Bercinta Dengan Brooklyn Beckham- “Red Flag!”

by Nurul A.
April 15, 2026

Model Britain, Hana Cross menjalinkan hubungan percintaan yang sangat singkat dengan Brooklyn Beckham. Sepanjang hubungan mereka, Hana akui berasa kurang...

Read moreDetails
Foto - @meghan (IG)
Hollywood

Tak Ramai Tahu, Meghan Markle Pernah Gaduh Dengan Ratu Elizabeth II Semasa…

by Nurul A.
April 2, 2026

Hubungan antara mendiang Ratu Elizabeth II dan Meghan Markle sekali lagi menjadi perhatian selepas muncul satu kisah yang ramai tidak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  3. 3

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  4. 4

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara