Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Human Calculator Tersingkir Di Minggu Ke-6 Ceria Megastar!

by Khai Azfar
July 9, 2020
Share on Facebook

Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum rancangan realiti Ceria Megastar melabuhkan tirainya. Namun untuk minggu ke-6 ini telah menyaksikan pemenang tempat kedua Asia Got Talent 2019 sebelum ini iaitu Yaashwin Sarawanan yang juga digelar sebagai Human Calculator tersingkir di konsert suku akhir Ceria Megastar 2020.

Dua Bintang Tersingkir 

Lebih mengejutkan lagi, bukan sahaja Yaashwin yang tersingkir malah perjuangan bagi ahli silap mata profesional, Haiqal juga terhenti di konsert sukut akhir itu kerana gagal memenangi hati juri dengan bakat unik masing-masing dan terpaksa meninggalkan pentas pada malam itu.

Membuat persembahan bertemakan ‘Cabaran Juri’ bagi minggu keenam itu, peserta Ceria Megastar yang tinggal sebelum ini Kowachee, Yaashwin, Adinda, Nana, Ija, Group 17, dan Haiqal telah diberi cabaran di mana tema persembahan mereka 100% dipilih oleh juri.

Kowachee Tambat Hati Juri 

Program yang disiarkan secara serentak di Astro Ceria dan Astro Ria pada Sabtu lalu menyaksikan penari berumur 11 tahun, Kowachee, memenangi anugerah pilihan juri ‘Star of the Week’! Hos program Hello Pinkfong yang berasal dari Selangor ini dicabar untuk melakukan tarian bertemakan ‘Dance Hall’ dan berjaya memperoleh markah tertinggi dari pihak juri.

Sama seperti minggu sebelum ini, peserta membuat persembahan melalui panggilan dalam talian secara langsung, manakala para juri tetap (Ernie Zakri dan Zizan Razak) bersama juri jemputan, Shuib Sepahtu, menilai persembahan mereka di studio. Bertindak sebagai hos, Nabil Ahmad, serta penasihat persembahan Datuk Syafinaz, Alam Wakaka, dan Chubb-E di studio juga berinteraksi dengan peserta melalui panggilan dalam talian.

Tema #RoadToFinal

Dengan berbaki 5 lagi peserta,Kowachee, Adinda, Nana, Ija dan Group 17 mereka bakal bersaing di minggu separuh akhir pada Sabtu, 11 Julai 2020 ini dengan bertemakan #RoadToFinal. Ceria Megastar boleh ditonton pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Siaran secara serentak juga akan dipancarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).

Ceria Megastar 2020
https://lomp.at/p5okd
Share4Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Adam Nuqris Ukir Bab Baharu Dengan ‘Alasan’

by Naddy Joe
May 4, 2026

Dalam era digital yang pantas melahirkan bakat baharu, hanya segelintir yang mampu melangkah keluar daripada ruang viral dan benar-benar membina...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Lokal

Konsert For You Nourul Bakal Penuh Kejutan, Lagu Istimewa Dirakam Semula

by Naddy Joe
May 13, 2026

Tiada yang lebih menimbulkan rasa teruja buat seorang penghibur yang telah lama tidak beraksi di panggung lalu ‘bermesra’ dengan peminat...

Read moreDetails
Indonesia

UNGU Ubati Rindu Peminat Dengan ‘UNGU 3 DASAWARSA: Special Night In Kuala Lumpur’ 5 September Ini

by Naddy Joe
April 26, 2026

Tiga dekad dalam industri bukan sekadar satu angka, ia adalah perjalanan yang ditempa dengan jatuh bangun, evolusi dan ketahanan yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Penyanyi, Atilia Haron tampil dengan lagu terbaharu berjudul 'Di Manakah Kamu Sore Ini?' yang sarat dengan emosi. “Dimanakah Kamu Sore...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  4. 4

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara