Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Mas Khan Didenda RM17,000 Mengaku Curi Wallet Kripto Milik A. Aida

by Khai Azfar
July 9, 2020
Share on Facebook

Semalam, pelakon Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan atau lebih dikenali sebagai Mas Khan,26 telah dijatuhkan hukuman denda RM7,000 atau penjara 12 bulan manakala, denda RM10,000 atau penjara 14 bulan untuk kesalahan kedua.

Mengaku Bersalah 

Hukuman itu diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur menerusi Majistret Farah Nasihah Annuar, selepas pelakon Abang Long Fadil 2 itu menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kali ketiga kes kesalahan mencuri wallet mata wang kripto bernilai RM213,805 milik penerbit filem Datuk A Aida.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa mencuri wallet yang merupakan mata wang kripto milik Zaidah Awang, 50, atau dikenali sebagai A.Aida tanpa izin bernilai RM59,804.15 dan RM154,000.85 di Taman Ukay Perdana, Ampang, Kuala Lumpur, pada 5 pagi 7 Mac 2019.

Bakal Saman Ganti Rugi

Dalam pada itu, Aida bersyukur dengan keputusan tersebut dan mahu ianya dijadikan sebagai pengajaran kepada si pelaku atau sesiapa saja.

“Biar dia rasa!”

“Saya bersyukur penjenayah dijatuhkan hukuman. Semoga jadi pengajaran kepada orang lain juga supaya jangan mudah ambil kesempatan.

“Negara kita ada undang-undang. Jangan fikir dia boleh lari dan terlepas begitu saja. Terima kasih pada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya meyelesaikan kes kecurian ini,” katanya menerusi laporan HARIAN METRO.

Biarpun begitu, difahamkan penerbit itu akan membuat saman tuntutan ganti rugi kepada Mas tidak lama lagi dan sudah melantik peguam untuk mengendalikan kes itu.

“Selepas ini saya akan buat saman sivil bagi menuntut ganti rugi. Sekarang ini saya dan pasukan peguam sedang buat kira-kira,” Tambahnya lagi

Terdahulu, Aida meluahkan rasa kecewa apabila hubungan baik dan kepercayaan yang diberikan dikhianati oleh  Mas yang dianggapnya sebagai adik sendiri. Ketika itu, keluarga Mas ada meminta untuk menyelesaikan kes penipuan di luar mahkamah, namun Aida enggan berbuat demikian kerana mahu ianya diselesaikan mengikut lunas undang-undang supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Haqiem Rusli Terkejut A Aida Ditidurkan ICU, Ada Darah Beku Di Jantung Dan Paru-Paru
a.aidaA.Aida Mas Khanmas khan
https://lomp.at/08mbc
Share5Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  4. 4

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara