Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Wow! Kucaimars Tampilkan Cik B Dalam MV ‘Mudah Bagimu’

by Khai Azfar
July 9, 2020
Share on Facebook

Setelah melancarkan single keduanya yang berjudul Khayalan pada Oktober tahun lepas, kini penyanyi remaja yang semakin meningkat naik, Kucaimars melancarkan single terbarunya yang berjudul ‘Mudah Bagimu’.

Cik B Muncul Dalam Mudah Bagimu

Lagu ini telah pun diterbitkan di semua pelantar digital bermula 3 Julai yang lalu, namun apa yang menarik perhatian adalah video muzik Mudah Bagimu yang menampilkan anak kepada jutawan kosmetik yang juga personaliti media sosial terkenal, Cik B.

Baru dimuatnaik di laman YouTube semalam (8 Julai 2020), video muzik ini dipuji ramai pengguna laman itu apabila Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Binti Muhammad Amin keluar dari zon selesanya dengan tampil dalam video muzik buat julung kalinya. Malah tidak kurang juga, ada yang memuji kecantikan Cik B di dalam video tersebut.

Hasil Karya Kucaimars 

Bercakap mengenai single terbaru empunya nama sebenar Amirul Husyairi Nani ini, ianya mengisahkan tentang kekasih yang ditinggalkan oleh pasangannya begitu sahaja. Sebagai info, Kucaimars merupakan penulis lirik bagi single terbarunya ini dengan kerjasama Rudy Nastia dan Leo Azman.

“Saya mula buat single ini pada 2018 yang pada ketika itu saya buat untuk kawan saya yang tengah putus cinta dan menangis depan saya jadi malam itu juga saya ambil gitar dan terus rangka melodi.

Saya ada juga beri sedikit sedutan di laman sosial media saya. Alhamdulillah ianya mendapat sambutan dari peminat dan mereka meminta agar lagu ini siap sepenuhnya dan berada di semua pelantar digital. Saya berharap peminat saya berpuas hati setelah mendengar versi penuh ‘Mudah Bagimu’”, kata Kucaimars menerusi edaran pada pihak Murai.my

Bagi Pengurus Bahagian Domestik Warner Music Malaysia, Shah Shamshiri dia dan pihaknya berasa gembira dengan pelancaran lagu tersebut selain daripada pembabitan penyanyi itu sendiri secara langsung.

“Kami berasa gembira dengan pelancaran single terbaru Kucaimars ini kerana dia sendiri terbabit secara langsung dalam penghasilan karyanya. Kami harap para peminatnya dapat melihat kesungguhan Kucaimars yang bukan sahaja ingin menyanyi tetapi juga menulis lagunya sendiri,” kongsi Shah Shamshiri

‘Mudah Bagimu’ merupakan terbitan Warner Music Malaysia dan boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes.

YouTube video

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share7Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara