Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Lagi Artis India Bunuh Diri, 5 Fakta Kematian Aktor ‘Sado’ Susheel Gowda

by Phic ARMAN
July 9, 2020
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Banyak betuk kes bunuh diri di kalangan artis di India. Selepas Sushant Singh Rajput, India sekali lagi kehilangan pelakon berbakat. Pelakon TV Susheel Gowda dilaporkan meninggal dunia pada 7 Julai 2020.

Sama seperti Sushant, Susheel juga mengakhiri hidupnya dengan cara yang tragis iaitu bunuh diri. Sebenarnya, dia sedang bersiap untuk filem barunya. Berikut adalah 5 fakta mengenai kematian Susheel Gowda, yang diringkaskan oleh Murai MY dari Times Of India.

Berusia 32 Tahun

VIA Geo TV

Susheel Gowda didakwa bunuh diri pada hari Selasa, 7 Julai 2020. Pihak polis mengatakan bahawa mayat Susheel ditemui di kediamannya di Induvalu, Mandya, sebuah kota di negara bahagian Karnataka.

Masih Dalam Siasatan Polis

Sebab mengapa Susheel membunuh diri belum disahkan lagi. Kes ini masih dalam siasatan polis. Sehingga kini, polis belum menentukan sama ada Susheel meninggalkan apa-apa nota sebelum bunuh diri. Tetapi mayat Susheel Gowda diserahkan kembali kepada keluarga setelah pemeriksaan bedah siasat.

Filem Terbaru Bakal Ditayangkan

YouTube video

Lebih sedih,  Susheel Gowda menantikan filem terbarunya berjudul Salaga bakal dirilis di pawagam. Susheel memainkan watak penting di mana pengarah filemnya adalah Duniya Vijay. Di media sosialnya, Vijay juga menulis tulisan panjang, mengingati Susheel. Dia menyangka, Susheel Gowda akan segera menjadi pelakon terkenal di India setelah melihat lakonannya sebagai polis dalam filem itu. Tetapi Duniya Vijay menyesal Susheel meninggal dunia sebelum filem ini dirilis.

Pelatih Kecergasan

Selain berlakon, Susheel juga seorang jurulatih kecergasan yang terkenal. Dia bekerja keras untuk membina kerjaya sendiri dalam industri hiburan.

Sebulan Selepas Kematian Chiranjeevi Sarja

VIA Geo TV

Dipetik dari Indian Express, kematian Susheel Gowda menyusuli pelakon Chiranjeevi Sarja yang meninggal secara tiba-tiba sebulan sebelumnya. Sarja menghembuskan nafas terakhir kerana serangan jantung pada 7 Jun 2020. RIP Susheel Gowda.

Error happened.
Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!
bollywoodbunuh diriindiaSusheel Gowda
https://lomp.at/07a2i
Share12Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara