• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

Petua Menghalau Lipas Dengan Cara Yang Lebih Selamat

by Jash Lee
July 18, 2020
36
KONGSIAN
Share on Facebook

Kabinet dapur, bawah katil, dalam almari, dalam laci, boleh dikatakan semua sudah jadi tempat pembiakan lipas. Telur lipas yang kecil, lonjong dan berwarna coklat gelap banyak disana sini. Kalau masih berisi, bolehlah terus saja dibuang, jika sebaliknya, itu bermakna anak lipas sudah menetas dengan banyaknya.

Sebenarnya terdapat berbagai jenis lipas tetapi yang paling terkenal dan paling digeruni ialah ‘lipas terbang’. Ada juga lipas yang berbulu halus, lipas ini boleh mengesan angin dari pergerakan yang datang dekat dengannya. Jadi, sebelum dia dibunuh, dia akan terlebih dulu lari dengan lajunya. Itulah lipas jenis ini digelar ‘lipas kudung’. Lipas sangat suka akan tempat yang sejuk dan gelap. Dalam perut lipas ada cacing yang banyak yang apabila dipukul, cacing-cacing itu akan keluar dan mula membiak dengan cepat. Bahaya tu!

via Siakap Keli

Namun anda tidak perlu risau kerana kami ada petua yang mudah untuk dikongsikan bersama pembaca. Bukan sahaja selamat untuk menghalau lipas, bahkan rumah anda juga akan lebih segar. Jom tengok!

  • Gaulkan 1 sudu besar gula dengan 1 sudu besar baking soda. Letak dalam bekas dekat tempat yang gelap atau taburkan di laluan yang selalu ada lipas. Gula akan menarik minat lipas untuk memakannya dan baking soda pula akan bertindak untuk membunuh lipas.
via Flashposts
  • Ambil sebiji lemon dan hiris nipis, letakkan di tempat yang menjadi sarang lipas. Aroma lemon juga dapat menyegarkan ruang rumah anda.
via Maskulin
  • Bahagian hujung pangkal timun jangan dibuang, boleh diletakkan di tempat gelap yang dirasakan menjadi rumah lipas.
via Maskulin
  • Ambil beberapa helai daun pandan dan hiris nipis. Taburkan di dalam laci, kabinet, almari dan di bawah katil kerana lipas tidak suka bau pandan. Daun pandan bukan sahaja dapat menghalau lipas tetapi ianya juga akan mengeluarkan bau yang segar.
via Bola.Net
  • Lipas tidak suka pada bau-bauan rempah ratus seperti buah pelaga dan kulit kayu manis. Hanya letakkan 2 bahan ini di kawasan pembiakan lipas.
via Hijab & Heels
  • Ambil sebuku sabun yang kuat baunya, potong kecil dan letakkan ia di kawasan yang ada lipas.
via Impiana.My
  • Cari botol spray dan sediakan air sabun untuk disemburkan pada lipas. Lipas yang terkena air sabun akan cepat mati kerana tidak boleh bernafas. Air sabun akan menutup lubang pernafasan lipas dari kulit kepala hingga ke seluruh badan lipas. Boleh juga menggunakan cecair penyegar mulut yang beraroma pudina.
via Keluarga
  • Siatkan beberapa batang serai wangi dan letakkan di tempat pembiakan lipas. Lipas benci pada bau wangi dan tidak akan membiak di situ lagi.
via Hijab & Heels

Semoga petua pada kali ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah lipas yang banyak di rumah. Yang paling penting, kebersihan kawasan rumah perlu dijaga agar lipas tidak datang menginap di rumah kita.

Selamat mencuba..

lipas tipsmenghalaulipas
https://lomp.at/kp9z1
Share30Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gambar: AI Generated
LifeXplore

Raikan Valentine Di KL Dengan 5 Aktiviti Seronok & Romantik Bersama Pasangan

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Hari Valentine bukan sekadar tentang bunga atau coklat. Ia juga peluang untuk mencipta memori manis bersama pasangan mahupun sahabat. Jika...

Read moreDetails
Foto - KlikDokter
Tips

Khas Untuk ‘BuMil’ Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

by Nurul A.
February 21, 2026

Bulan Ramadan telah tiba, namun ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa, seperti wanita hamil...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

5 Idea Dating Percuma di Kuala Lumpur – Tak Perlu Keluar Duit Langsung!

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Kalau kalian nak idea dating yang best tapi jimat, Kuala Lumpur sebenarnya banyak lokasi menarik yang boleh diterokai tanpa perlu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  3. 3

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  4. 4

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  5. 5

    RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore