Menepati ramalan peminat, empat finalis ‘Ceria Megastar 2020’ iaitu Nana, Adinda, Kowachee dan Ija berjaya mara ke peringkat akhir konsert Ceria Megastar yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Group 17 Tersingkir 

Dengan keputusan ini, kumpulan bakat lakonan, Group 17, diumumkan tersingkir apabila berada di kedudukan terbawah sewaktu pusingan separuh akhir. Bertemakan #RoadToFinal, konsert minggu lalu menyaksikan para bintang kecil itu menyahut cabaran untuk membawakan lagu secara duet bersama artis jemputan masing-masing bagi menempa tiket ke pusingan akhir.

Kowachee Raih Star Of The Week 

Penari professional, Kowachee digandingkan bersama juara program Dansa Dan Sing, Sophia Liana. Bintang ini membuat persembahan tarian kepada lagu trending ‘How You Like That’ oleh Blackpink, dan berjaya meraih gelaran ‘Star of The Week’ pilihan juri. Ini merupakan kali kedua Kowachee menenangi gelaran itu.

Untuk peringkat finale, setiap finalis diberi cabaran untuk mempersembahkan lagu medley sebagai taruhan terakhir mereka.

IKLAN

‘Ceria Megastar’ disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Siaran secara serentak juga akan dipancarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).