Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Rupanya 8 Aktres Bollywood Ini Pernah Digelar Sebagai Wanita Simpanan

by Phic ARMAN
July 16, 2020
97
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin ramai peminat Bollywood tidak tahu, Rani Mukerji dan Sridevi adalah dua selebriti Bollywood yang pernah heboh kerana menjalin hubungan sulit dengan suami orang. Walaubagaimanapun, mereka berdua tetap berkahwin akhirnya walaupun si lelaki harus meninggalkan isteri pertamanya.

Bukan mereka berdua saja, ada beberapa lagi artis Bollywood yang juga dituduh sebagai perempuan simpanan seperti yang dilaporkan oleh IndianTimes. Jom lihat senarai di bawah ini.

Shilpa Shetty

Bekas isteri Raj Kundra, Kavita, secara terang-terangan menuduh Shilpa Shetty merampas suaminya. Dia mengatakan bahawa Raj sangat taksub dengan Shilpa. Dia juga menuduh Shilpa berselingkuh dengan suaminya, ketika mereka masih berkahwin.

Tetapi berita ini ditolak oleh Shilpa dengan mengatakan bahawa dia mengenali Raj setelah mereka bercerai. Shilpa dan Raj Kundra akhirnya berkahwin pada tahun 2009 dan kini mempunyai seorang anak lelaki.

Priyanka Chopra

Via IndiaTimes

Sebelum ini, Murai MY ada mengeluarkan artikel tentang hubungan sulit aktres popular ini.  Priyanka Chopra sering dituduh menjadi orang ketiga dalam rumahtangga Shah Rukh Khan dan Gauri Khan.

BACA: 4 Fakta Kisah Hubungan Terlarang Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra

Priyanka dan Shah Rukh Khan dikhabarkan ada skandal semasa penerbitan filem Don (2006). Hubungan sulit mereka semakin kuat apabila Priyanka tertangkap memakai jaket yang sama dengan pelakon itu. Tetapi sekarang Priyanka pun dah berkahwin dengan Nick Jonas, malah pasangan ini ternyata bahagia. Shah Rukh Khan pula terus kekal bersama Gauri dan bahagia dengan tiga anak mereka.

Topik Berkaitan VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

Kiran Rao

Via IndiaTimes

Terdahulu, aktor kacak Aamir Khan dah pun berkahwin dengan Reena Dutta, dan rumahtannga mereka bertahan sehingga 15 tahun. Aamir Khan dilaporkan bercerai kerana jatuh cinta dengan Kiran Rao ketika dia bertemu di lokasi penggambaran filem 2001 Lagaan.

Berita itu segera menimbulkan tuduhan hubungan terlarang antara Aamir Khan dan Kiran Rao. Kedua-duanya berkahwin pada tahun 2005. Aamir dan Kiran selalu menegaskan bahawa mereka bercinta setelah Aamir Khan secara rasmi bercerai.

Helen

Via IndiaTimes

Salim Khan berkahwin dengan Salma Khan dan dikurniakan empat orang anak. Tetapi ayah Salman Khan mempunyai perempuan simpanan, pelakon terkenal, Helen. Dia juga menjadikan Helen sebagai isteri keduanya dan secara rasmi berkahwin pada tahun 1981. Sejak perkahwinan itu, Helen dan Salim Khan tidak dikurniakan seorang anak dan akhirnya mengambil anak angkat bernama Arpita Khan.

Karisma Kapoor

Via IndiaTimes

Perkahwinan Sanjay Kapur masih utuh bersama seorang pereka Nandita Mahtani walaupun dia ada menjalin hubungan dengan Karisma Kapoor. Perselingkuhan mereka terbukti kerana Sanjay mengahwini kakak Kareena Kapoor itu hanya 10 hari selepas perceraiannya dari Nandita. Tetapi sayangnya, sekarang rumah tangga mereka juga berakhir dengan perceraian setelah 13 tahun bersama dan dikurniakan dua orang anak.

Rekha

Via IndiaTimes

Pelakon veteran juga tidak terkecuali untuk senarai ini. Hubungan sulit Amitabh Bachchan dan Rekha pernah mencuri perhatian pada suatu ketika dahulu. Kononnya mereka sering berjumpa secara diam-diam di sebuah rumah milik seorang teman Rekha.

Topik Berkaitan Kerana Kemalangan Filem Ini, Jantung Amitabh Bachchan Berfungsi Sekitar 25%

Perselingkuhan ini berlaku pada usia perkahwinan Amitabh Bachchan dan Jaya masih 3 tahun. Tetapi setelah filem Silsila (1981), hubungan antara Rekha dan Amitabh dikatakan telah berakhir.

Sridevi

Via IndiaTimes

Mendiang Sridevi dikenali sebagai penyebab keretakkan rumah tangga seorang producer Boney Kapoor dan isterinya, Mona Kapoor.

Perselingkuhan mereka dapat dihidu oleh pihak media. Sampailah Sridevi tinggal di rumah Boney dan dilaporkan mengandung. Boney Kapoor dan Sridevi akhirnya berkahwin pada tahun 1996, setelah Boney bercerai dengan Mona. Semasa berkahwin, Sridevi telah hamil selama tujuh bulan.

Rani Mukerji

Via IndiaTimes

Rani Mukerji selalu menafikan hubungannya dengan pengarah, Aditya Chopra. Pada masa itu, Aditya masih sah sebagai suami Payal Khanna. Mereka  bercerai pada tahun 2009. Perselingkuhan mereka terbukti setelah Aditya dan Rani Mukerji secara diam-diam berkahwin di Itali pada tahun 2014. Kini, mereka berdua telah dikurniakan seorang anak.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Amitabh BachchanKarisma Kapoorpriyanka choprarani mukerjiShahrukh Khan
Share87Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kajol (IG)
Spotlight

Kajol Akui Pernah Lari Dari Sekolah Berasrama, Puncanya Buat Ramai Terdiam

by Nurul A.
July 21, 2026

Kalau kamu nak tahu, Kajol pernah mendedahkan kisah yang penuh dengan emosi dari zaman kanak-kanaknya. Kisah tersebut adalah dia pernah...

Read moreDetails
Anjing Aamir Khan
Spotlight

Tuai Kontroversi, Aamir Khan Pernah Namakan Anjingnya Sebagai “Shah Rukh Khan”

by Nurul A.
August 8, 2026

Ketika mempromosikan filem 'Sitaare Zameen Par', Aamir Khan telah berkongsi pandangan mengenai pelbagai fasa dalam kehidupannya. Kongsiannya itu termasuklah fasa...

Read moreDetails
Foto - @gaurikhan (IG)
Bollywood

[VIDEO] Agama Aryan Khan Jadi Teka-Teki Netizen India, Ini Jawapan Gauri Khan

by Nurul A.
June 26, 2026

Shah Rukh Khan (SRK) dan Gauri Khan ialah salah satu pasangan yang membuktikan cinta melangkaui batas agama. Kedua-duanya memutuskan untuk...

Read moreDetails
Foto - @beingsalmankhan (IG)
Bollywood

[VIDEO] Keadaan Kesihatan Terkini Salman Khan Buat Peminat Bimbang

by Nurul A.
June 29, 2026

Nampaknya keadaan kesihatan terkini pelakon Bollywood, Salman Khan telah menjadi topik perbincangan utama dalam kalangan peminat. Menerusi sebuah hantaran yang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  2. 2

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  3. 3

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  4. 4

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  5. 5

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara