Tuesday, August 9, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

Kenali ‘Kenit’, Pelakon ‘7 Hari Mencintaiku 2’ Yang Selalu Buat Orang Nangis

by Phic Arman
July 16, 2020
1.2k
KONGSIAN
Share on Facebook

Sesiapa saja yang sedang mengikuti drama 7 Hari Mencintaiku siri ke-2 pasti kagum dengan bakat lakonan pelakon cilik ini. Memegang watak sebagai Kenit, pelakon berusia 9 tahun ini bernama Puteri Rafasya atau lebih mesra dipanggil Cobi.

View this post on Instagram

A post shared by Rafasya Dao Pra Sook (@puterirafasya1)

Mungkin ramai tidak perasan, Cobi sebenarnya sering muncul dalam beberapa buah drama dan iklan sebelum ini. Namun, kemunculannya dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 ternyata lebih menonjol dan menarik perhatian penonton.

Watak Kenit atau Harlina dalam drama ini cukup meruntun jiwa penonton. Manakan tidak, Kenit sering dimarah dan dipukul oleh kakak kandungnya Syakila (Faye Kusairi). Setiap episod, penampilan Kenit yang comot dan busuk boleh mengundang air mata penonton.

Mungkin ramai yang mahu mengenali lebih dekat pelakon berbakat ini kan? jom Murai MY rangkumkan 5 fakta mengenai Cobi.

Berbakat Besar

View this post on Instagram

A post shared by Rafasya Dao Pra Sook (@puterirafasya1)

Bukan dalam lakonan saja, Cobi juga memilik bakat menjadi seorang model, hos, penyanyi dan penari. Kecil-kecil cili padi ya!

Mahu Bantu Keluarga

View this post on Instagram

IKLAN

A post shared by Rafasya Dao Pra Sook (@puterirafasya1)

Memiliki pendapatan sendiri dalam bidang seni, Cobi pernah menyatakan hasratnya untuk membantu ibu bapanya dalam soal kewangan. Cobi berkata kepada NST, dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membalas jasa kedua-dua orang tuanya yang menjaganya selama ini bersama adik-beradik.

Bapanya Mengusahakan gerai Akok Jerry

Bapanya, Norazhari Mohd Noor, yang lebih dikenali sebagai Jerry, 54, dan ibunya Fatin Aliza Salmi, 29, mengusahakan gerai Akok Jerry yang menjual pelbagai juadah Kelantan-Terengganu di Jalan AU2B, Keramat AU2, berhampiran dengan Taman Setiawangsa di Kuala Lumpur.

Pernah Muncul Dalam Banyak Iklan

Ibunya berkata, Cobi mula menunjukkan minat dalam bidang lakonan setelah menonton kanak-kanak lain membuat persembahan di iklan televisyen dan pentas.

Antara iklan televisyen yang pernah Cobi terlibat adalah Bank Rakyat, RHB Bank’s Syukur Merdeka bersama Altimet, Courts Mammoth, Bridgestone, Marigold Peel Fresh, AIA Insurance, CIMB Bank, Boat Noodles dan Biskut Roma.

Iklan yang menampilkan wajah Cobi seperti Celcom Viral ‘Mak Kata’, Dumex Dugro Soy, CIMB Bank, Perodua dan Prego.

Pelbagai Drama Telah Dibintangi

View this post on Instagram

A post shared by Rafasya Dao Pra Sook (@puterirafasya1)

Cobi juga banyak muncul dalam drama televisyen sebelum ini seperti Vila Ghazara, Ammar dan Opie, Ustaz Pink, Warkah Dari Firenzia, Cikgu Papa Kirim Salam, Isteri Untuk Diiktiraf, Semerah Cinta Humairah, Disisimu Aku, dan Isteri Dalam Sangkar; dan muncul di telemovies seperti Dosa Terlindung dan Izinkan Aku.

 

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: 7 Hari MencintaikuFaye KusairiKenitPuteri Rafasya Binti Abdul Rauf
Share518Tweet268SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Ada Pocong? Ini 5 Fakta Menarik Pengabdi Setan 2 Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton
Filem

[REVIEW & GIVEAWAY] Pengabdi Setan 2: Communion, Dia Punya ‘Jump Scare’ Memang Setan!

by Phic Arman
August 4, 2022

Saya tidak pernah membayangkan sebuah rumah pangsa yang sarat dengan penghuni boleh menjadi lokasi paling seram. Begitu perasaan saya selepas...

Read more
‘Thor: Love And Takde?’- GSC Umum Filem Terbaru Thor Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia
Filem

‘Thor: Love And Takde?’- GSC Umum Filem Terbaru Thor Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

by Hakim Faz
July 28, 2022

Filem yang bertemakan watak superhero merupakan antara filem yang sangat popular ditonton. Ini terbukti apabila filem-filem arahan syarikat Marvel sentiasa...

Read more
Ada Pocong? Ini 5 Fakta Menarik Pengabdi Setan 2 Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton
Filem

Ada Pocong? Ini 5 Fakta Menarik Pengabdi Setan 2 Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton

by Phic Arman
July 27, 2022

Pengabdi Setan 2: Communion akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada  11 Ogos 2022. Ini adalah sekuel kepada filem Pengabdi Setan...

Read more
“Filem Abang Tak Sempurna Kalau..”- Syamsul Yusof Bangga Filem Mat Kilau Cipta Rekod Lagi
Filem

“Filem Abang Tak Sempurna Kalau..”- Syamsul Yusof Bangga Filem Mat Kilau Cipta Rekod Lagi

by Naddy Joe
July 25, 2022

Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof telah memuatnaik satu perkongsian di media sosial mengenai filem biografik epik arahannya, Mat Kilau: Kebangkitan...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Anak-anak Kami Akan Menjadi British’ – Ini Jawapan Dr Amalina Apabila Ditanya Mengenai Kerakyatan Bakal Anak

  2. 2

    Hayfa ‘Trending’ Di Twitter! Nadiya Nisaa Dedah Sikap Sebenar Ummi Nazeera

  3. 3

    Pelakon Ako Mustapha Sakit? Afdlin Shauki Mohon Orang Ramai Titipkan Doa

  4. 4

    Kecoh! Video ‘Leak’ Tersebar, Netizen Dakwa Ada Yang ‘Busuk Hati’ Dengan Noh Salleh?

  5. 5

    “Sesuatu Tentang Beliau Yang…” – Sharnaaz Ahmad Titip Doa Buat Amir Raja Lawak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera