Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

5 Petua Untuk Mengajar Anak Bijak Menguruskan Kewangan

by Jash Lee
July 25, 2020
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Mengajar anak untuk bijak menguruskan kewangan harus dididik dari awal usia kanak-kanak mereka lagi. Dengan cara itu, anak-anak akan mudah faham tentang perkara asas yang baik dan berguna untuk menguruskan kewangan seperti orang dewasa.

Contohnya dengan mengajar anak-anak cara untuk menabung dan membelanjakan wang dengan bijak. Sekiranya berjaya, ia akan membentuk sikap yang baik bagi masa depan mereka. Jadi, jika anda menginginkan anak-anak yang berjaya menguruskan kewangan mereka di masa depan, berikut adalah 5 petua yang boleh anda ajarkan kepada mereka.

Berborak Dengan Anak-Anak Tentang Duit

Pada usia muda, kanak-kanak lebih mudah faham dan senang menerima tentang topik apa yang diajarkan kepada mereka. Contohnya, anak akan melihat cara ibu bapa mereka membayar sesuatu dengan pelbagai cara. Walaupun kurang jelas, tetapi mereka tahu apa yang berlaku. Dari situ, anda boleh menerangkan kepada mereka bagaimana cara anda membuat pembayaran barangan yang dibeli. Mungkin mereka kurang jelas tentang perkhidmatan yang kita gunakan, sekurang-kurangnya beritahu juga mereka akan kondisi kewangan anda kepada anak-anak.

Sekiranya anak-anak ingin berbelanja untuk sesuatu yang kurang berguna, anda mungkin boleh memberikan cadangan untuk membiasakan mereka faham bahawa wang yang disimpan adalah untuk keperluan masa depan.

via Keluarga

Ajar Mereka Berusaha Sendiri Untuk Mendapatkan Apa Yang Mereka Hajati

Katakan anak anda yang berusia 12 tahun mahukan telefon bimbit yang baru, anda juga telah bersetuju tetapi mereka harus berusaha sendiri untuk mendapatkannya. Anda hanya perlu bawa anak anda keluar dan periksa harga barangan yang ingin mereka beli.

Jadikan ia sebagai satu objektif utama mereka untuk lebih bersemangat dalam menyimpan duit. Mereka juga akan faham bahawa setiap apa yang mereka inginkan bukan datang dengan mudah tetapi mereka harus berusaha. Terapkan kesedaran kepada anak-anak bahawa mereka perlu letakkan satu matlamat dan tahu berapa jangka masa yang mereka perlukan untuk mendapatkan apa yang mereka hajati.

via Majalah Labur

Hadkan Pembelian Impulsif

Anak anda mempunyai wang dan ingin membelanjakan wang mereka untuk membeli mainan, gula-gula, buku dan sebagainya. Di sini, kami ada cara mudah untuk mengajar anak-anak agar mereka tidak menyesal kerana membeli barang-barang tersebut.

Sebagai ibu bapa, anda harus memberi nasihat dan mengingatkan anak-anak tentang adakah mereka gembira dengan barang yang mereka beli? Adakah barang yang dibeli itu berharga? Adakah barang tersebut perlu atau tidak?

Tujuannya di sini adalah untuk membantu mereka tentang kesedaran mengenai sesuatu keputusan yang telah mereka buat untuk perbelanjaan mereka agar mereka tahu akan perbezaan keperluan dan kehendak.

via Youtube

Ajar Anak Menabung 

Dulu lebih mudah mengajar anak-anak untuk berminat dengan duit syiling. Semua baki duit syiling dari pembelian secara tunai, semua akan dimasukkan ke dalam tabung. Kini, anda mungkin jarang mendapatkannya kerana kebanyakkan ibu bapa lebih gemar menggunakan kad kredit atau kad debit.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin membantu anak anda untuk mengumpul duit syiling, ini boleh menjadi kaedah visual yang bagus untuk mengajar anak anda mengenai wang, dan ianya sebagai langkah permulaan yang sangat bijak.

Sediakan tabung yang lutsinar agar mereka boleh lihat sendiri hasil tabungan yang mereka lakukan semakin banyak. Ini secara tidak langsung akan membuatkan mereka akan lebih bersemangat untuk menyimpan.

via JD.id

Peranan Ibu Bapa Untuk Menjadi Idola Terbaik

Sebanyak manapun petua yang diberikan, ibu bapa tetap memainkan peranan yang sangat penting dan paling berpengaruh bagi mendisiplinkan anak-anak dalam pengurusan kewangan mereka. Ini kerana anak-anak akan sentiasa memerhati dan mencontohi sikap ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa harus memulakan dahulu dengan sikap suka menabung, disiplin diri, berjimat cermat, berbelanja dengan berhemah dan bijak menguruskan kewangan dengan betul. Hal ini secara tidak langsung akan menjadi ikutan kepada anak-anak agar mereka menjadi insan yang bijak dalam menguruskan kewangan mereka nanti.

via Batuljannah
tipsmenguruskanwang jimatberbelanja menabung anak masadepan
https://lomp.at/4j4m1
Share14Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - LG Malaysia
Tips

Bakal Dilanda El Nino Terpanas Dalam Sejarah- Ini 5 Tips Hadapi Cuaca Panas Di Malaysia

by Nurul A.
March 29, 2026

Ini bukan sekadar cuaca panas. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kita kini berada dalam genggaman Monsun Barat Daya yang membara....

Read moreDetails
Islamik

Kecoh Kata Kena Denda RM10K Bergambar Depan Kaabah, Betul Ke?

by Phic ARMAN
April 27, 2026

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial apabila tular dakwaan kononnya jemaah yang bergambar atau merakam video di hadapan Kaabah...

Read moreDetails
Budaya

Mustafa Jewellery Bawa 20 Pempengaruh ‘Take Over’ Jonker Street Melaka

by Phic ARMAN
April 15, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, suasana di Melaka bertukar lebih meriah apabila Mustafa Jewellery mempersembahkan perarakan budaya bertajuk “Kilauan Raya...

Read moreDetails
Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang mula sibuk membuat pelbagai persiapan. Daripada membeli baju raya, menghias rumah sehinggalah menyediakan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  3. 3

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara