Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Kulit Album Nampak Murah? Neeta Enggan Peduli Komen Netizen

by Khai Azfar
July 20, 2020
45
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Neeta Manishaa kini muncul dengan single terbaharu berjudul Hanya Mimpi terbitan NAR Records.

Kekalkan ‘Mimpi’

Masih menggunakan khidmat komposer yang sama, Becky Zulkifli dan mengekalkan judul Mimpi pada tajuk single, Neeta akui menerima tawaran beberapa lagu lain namun menolaknya.

“Single Hanya Mimpi adalah kesinambungan lagu Ruang Mimpi. Disebabkan itu, judulnya masih menggunakan perkataan mimpi,”

“Sebenarnya ketika lagu Ruang Mimpi diperdengarkan, lagu ini memang dah ada. Jadi memikirkan tiada sebarang single baru, kita keluarkan lagu ini.

Saya ada juga dapat tawaran dan mendengar 2 hingga 3 buah lagu yang ingin diberikan. Tetapi kesemuanya macam saya tak mampu bawa dan akhirnya melodi lagu ini juga yang melekat” katanya kepada Murai.my

Enggan Kelihatan 18 Tahun 

Ketika isu poster lagu beberapa penyanyi hangat diperkatakan, poster Hanya Mimpi juga tidak ‘lari’ daripada menjadi mangsa kecaman netizen. Terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan kulit album tersebut kelihatan seperti murah dan tidak kurang juga melihat wajah Neeta seperti tua daripada umurnya sebagai penyanyi berusia 26 tahun.

“Muka saya memang baby face. Saya tak nak kelihatan seperti berusia 18 tahun di dalam video muzik itu tapi saya nak kelihatan seorang wanita muda. Lagipun ini adalah lagu yang berkisahkan cinta, jadi kena ada mood dia. Sebab itulah ada prop dan kain-kain.

Apa yang saya bayangkan dalam video ini adalah perca kain yang melayang-layang dan mereka berjaya menghasilkannya.

Bila ada yang cakap buruk, sekurang-kurangnya saya ada buat sesuatu yang bermakna. Kalau ada orang kecam, saya redha. Saya akan cakap “next music video, you yang buat okay?” jawabnya sambil berseloroh

Neeta ditemui Murai.my ketika majlis pelancaran single Hanya Mimpi tajaan Bizmilla Wedding Hall, Subang, petang Jumaat.

YouTube video

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Neeta
https://lomp.at/zb63y
Share22Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem