“Love You, Adam!”- Bunga Citra Lestari Puji Hasil ‘Buah Tangan’ Adik Ipar

3.1K

Adik kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Adam Sinclair, menjadi pengarah dalam video muzik single terbaru Bunga Citra Lestari (BCL) yang bertajuk “12 Tahun Terindah”.

Melalui akaun Instagramnya, Adam meluahkan rasa bangga terhadap kakak iparnya.

“Go @bclsinclair. So proud of you. And so appreciative for the opportunity to make something I care so much for,” “tulis Adam seperti dilihat oleh Murai MY melalui instagramnya.

Adam juga memuat naik sedutan rakaman dari video muzik itu. Tak lama selepas itu, BCL dilihat membalas komen dengan mengucapkan terima kasih kepada Adam. Malah BCL memuji hasil kerja Adam yang cukup cantik.

IKLAN

“Adam.. thank you for making this beautiful music video. Only you can do this. Love you Adam”- tulis BCL.

Klip video “12 Tahun Terindah” disiarkan di saluran YouTube IT’S ME BCL pada hari Ahad jam 12.00 waktu Indonesia. Lagu ini menceritakan kisah BCL dengan mendiang suaminya, Ashraf Sinclair.

Video itu memaparkan gambar dan rakaman video Ashraf, keluarga kecil BCL, dan anak mereka, Noah. Video muzik itu ditutup oleh BCL sambil berpegangan tangan dan memeluk Noah, yang disebutnya versi kecil dari Ashraf.