Sejak minggu lalu, hangat memperkatakan mengenai bekas pembantu peribadi usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Melati Abdul Ghani yang berkongsi khabar berita mengenai khidmatnya di syarikat itu hanya berbaki kurang dari sebulan.

Diberhentikan Kerana Kegawatan Ekonomi 

Ini kerana menurut Melati dia telah menerima notis pemberitahuan diberhentikan kerja yang mana dia turut berkongsi notis tersebut di laman Instagram nya bagi menjawab pelbagai spekulasi yang timbul selama ini. Kongsinya lagi, pemberhentian tersebut adalah kerana syarikat AS Legacy Sdn. Bhd. berhadapan penurunan jualan yang menyebabkan kerugian syarikat.

IKLAN

Cetus Spekulasi 

Biarpun begitu, beberapa hantaran Mell di Instagram nya telah mencetuskan spekulasi orang ramai apabila dia telah menyatakan hanya menuntut haknya dan turut memperjuangkan nasib rakan-rakan yang teranaiya.

“Apa nak takut jika kita melakukan kebenaran.Matlamat saya satu sahaja.Memperjuangkan nasib sahabat-sahabat saya yang teraniaya.Walaupun saya di pandang hina, tidak apa asalkan saya boleh membela nasib sahabat-sahabat saya yang lain,itu sahaja.Semoga Allah menyebelahi kebenaran” katanya dalam hantaran tersebut.

Difahamkan, Melati merupakan antara pembantu peribadi Aliff yang paling lama berkhidmat dan perkhidmatannya itu bakal berakhir pada 5 Ogos 2020 depan.