Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Mudah! 4 Tips Mudah Untuk Menjimatkan Sabun Pencuci Pinggan

by Aphit J.
August 1, 2020
via Petua Mak

via Petua Mak

23
KONGSIAN
Share on Facebook

Pemilihan sabun pencuci pinggan yang berbentuk cecair sudah mula menjadi pilihan rakyat Malaysia sekarang ini. Tetapi kita sering kali berhadapan dengan masalah apabila sabun ini tidak dapat tahan dalam tempoh yang lama disebabkan penggunaan yang tidak teratur.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian Rufina Abdul Raof di halaman Facebooknya ada berkongsikan tip bagi menjimatkan pengunaan sabun pencuci pinggan. Berikut adalah caranya.

Persediaan Bekas Kosong Yang Bersih

via turbosquid

Semestinya sebelum membuat bancuhan pencuci ini, anda perlu menyediakan beberapa bekas kosong yang boleh digunakan untuk mengisi kembali bahan campuran anda. Percaya atau tidak, satu botol pencuci dapat menghasilkan empat botol pencuci tambahan.

Mengasingkan Pati Bancuhan Mengikut Bekas

via Eleva Co

Menurut perkongsian Rufina Abdul Raof, sebaiknya anda menggunakan sabun cecair pencuci Sunlight kerana ianya lebih berkesan. Tuang dan asingkan satu per empat pati pencuci kepada setiap bekas kosong. Jadi anda akan dapat empat bekas yang berisi pati cecair pencuci.

Campurkan Pati Bancuhan Bersama Larutan Garam

via Salt Essential

Menggunakan bekas yang berasingan, kacau dan larutkan tiga sudu garam halus di dalam air panas sehingga tiada kesan garam. Setelah itu, campurkan dengan air biasa dan campurkan bersama pati cecair pencuci. Ulang cara yang sama untuk bekas yang lain.

Kocakkan Botol Untuk Melarutkan Larutan Cacair

via Petua Mak

Menurut perkongsian Rufina Abdul Raof, setelah semua bekas dicampur bersama larutan garam dan cecair pencuci, kocakkan kesemua bahan ini supaya sebati dan simpan untuk kegunaan yang seterusnya. Jadi anda sudah memperolehi empat pati sabun yang baru.

Jadi untuk anda yang tidak pandai mengagak penggunaan sabun pencuci boleh mencuba cara ini. Bukan sahaja menjimatkan wang, malah penggunaan sabun pencuci akan bertahan lebih lama.

cara menggunakan sabun pencucicara menjimatkan sabun pencucipenjimatan sabun pencuci pinggansabun pencuci pinggan
https://lomp.at/hyve8
Share20Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Budaya

5 Alasan Kenapa CIMB ‘Team Up’ Dengan DBKL, Hannah Yeoh Pun Sokong

by Phic ARMAN
April 16, 2026

Kerjasama antara CIMB Bank Berhad (“CIMB”) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui MoC bernilai RM5 juta selama 3 tahun...

Read moreDetails
Tips

20 Kawasan Berada Di Tahap Satu & 2 Panas- Ini Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau

by Nurul A.
March 24, 2026

Tak dinafikan beberapa hari kebelakangan ini, Semenanjung Malaysia berdepan dengan situasi cuaca panas sehinggakan Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Read moreDetails
Insentif

BDR Mula 15 April Tapi Tak Semua Sama! Ini Jadual Ikut Negeri & Syarat Ramai Masih Keliru

by Ayu Kamaruddin
April 7, 2026

Dalam suasana kos sara hidup yang makin mencabar dan tekanan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tampil dengan satu langkah...

Read moreDetails
Islamik

Kejar Lailatul Qadar, Ini Kompilasi Doa Mustajab Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

by Nurul A.
March 11, 2026

Malam Lailatul Qadar merupakan salah satu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Dalam ajaran Islam, malam ini disebut sebagai...

Read moreDetails
Foto - LG Malaysia
Tips

Bakal Dilanda El Nino Terpanas Dalam Sejarah- Ini 5 Tips Hadapi Cuaca Panas Di Malaysia

by Nurul A.
March 29, 2026

Ini bukan sekadar cuaca panas. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kita kini berada dalam genggaman Monsun Barat Daya yang membara....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara