Bulan Ogos akan hadir dengan pelbagai drama Korea yang daebak seperti romantis, fantasi, aksi, sehinggalah misteri. Di samping itu, pada bulan Ogos juga akan menampilkan bintang k-pop terkenal seperti Choi Siwon, Uee, dan Hani EXID dalam drama SF8. Terdapat juga aktor kacak Lee Jae-wook yang digandingkan bersama dengan Go Ara dalam drama Do Do Sol Sol La La Sol, dan banyak lagi.

Bagi anda yang sangat menyukai K-drama, anda dah boleh bersiap sedia untuk drama-drama K-pop yang akan ditayangkan pada Ogos ini. Stay tune guys!

1SF8: Human Proof

via hot.detik.com

Peminat Siwon pasti tidak sabar menantikan drama ini. Siwon akan digandingkan bersama Uee bekas ahli kumpulan After School. Selain mereka, ramai lagi artis terkenal yang membintangi drama ini seperti Hani EXID, Kim Bo-Ra, Moon So-Ri, Lee Yeon-Hee, Lee Dong-hwi, Lee Yoo-Young, Ye Soo-Jung, Yeom Hye-Ran, dan Yoon Kyung-Ho.

SF8 merupakan drama Korea yang mengambil tema masa depan. Menceritakan bagaimana sekumpulan  manusia yang memimpikan kesempurnaan melaui kemajuan teknologi.

2Stranger 2/ Forest of Secrets

via @asianwiki.com

Tidak kurang hebatnya, drama seterusnya ialah Stranger 2. Drama ini akan ditayangkan mulai 15 Ogos 2020, menggantikan drama “It’s Okay To Not Be Okay”.

Musim kali ini menceritakan hubungan yang berlawanan antara pihak pendakwa dan polis dalam menangani kes yang bebas. Pendakwa raya, termasuk pendakwa elit Woo Tae-Ha (Choi Moo-Sung), yang mahukan kuasa bebas ke atas siasatan. Sementara itu, polis termasuk Choi Bit (Jeon Hye-Ji), berusaha mendapatkan kuasa penyiasatan secara bebas dari pejabat pendakwa.

IKLAN

3Missing: The Other Side

via @asianwiki.com

Drama bergenre misteri fantasi ini berlatarkan di sebuah kampung menempatkan roh-roh yang hilang ketika masih hidup. Drama ini menampilkan tiga watak utama, iaitu Kim Wook (Ko Soo) seorang lelaki tampan tetapi seorang lelaki yang melakukan penipuan untuk meneruskan kehidupan. Suatu hari, secara kebetulan dia tiba di Duon Village, yang mana tempat orang mati yang hilang berkumpul.

Dia menghadapi pelbagai misteri semasa berada di kampung tersebut. Lee Jong-A (Ahn So-Hee) adalah seorang white-hat hacker untuk mendapatkan keadilan sosial. Beliau bekerja sebagai pegawai awam berpangkat undang-undang di sebuah pusat komuniti sebagai pekerjaan hariannya. Shin Joon-Ho (Ha-Joon) adalah seorang detektif elit. Sebelum perkahwinannya berlangsung bersama Choi Yeo-Na (Seo Eun-Su), tunangnya telah hilang. Beliau menyertai skuad mencari orang hilang untuk mencari tunangnya.

4Do You Like Brahms?

via asianwiki.com

Bagi anda yang sukakan muzik, drama ini sangat sesuai untuk anda shortlist. Drama ini mengisahkan pelajar di sekolah muzik berprestij dan orang-orang sekeliling dalam kehidupan mereka. Ia menunjukkan bagaimana pelajar melalui proses belajar, berlatih, membuat persembahan, dan menyertai pertandingan pada usia yang muda disebabkan ibubapa dan guru-guru mereka yang obses dengan proses ini.

Park Joon Young mula bermain piano semasa beliau berusia 6 tahun. Beliau memenangi pertandingan terkemuka di negara sebelum meneruskan pertandingan di seluruh dunia.

Chae Song Ah, seorang senior kolej yang mengambil bahagian dalam persembahan biola. Setelah menamatkan pengajiannya dalam jurusan perniagaan, dia memasuki universiti yang sama sekali lagi untuk pergi ke sekolah muzik selepas empat kali mencuba dan beliau berumur tujuh tahun lebih tua daripada rakan sekelasnya.

5Do Do Sol Sol La La Sol

via mydramalist.com

Drama ini mengisahkan Goo Ra-Ra (Go Ara) seorang pemain piano. Beliau mempunyai personaliti yang cerah. Tetapi sesuatu telah berlaku hingga menyebabkan beliau menjadi muflis. Beliau kehilangan segala-galanya dan menyebabkan beliau kecewa dengan situasi yang berlaku.

Sun Woo-Joon (Lee Jae-Wook) adalah seorang yang tidak peduli dengan pendapat orang lain terhadapnya. Beliau adalah seorang yang bersemangat dan tidak mempunyai impian atau matlamat tertentu dalam hidupnya dan beliau menjalankan kerja sambilan.

Goo Ra-Ra dan Sun Woo-Joon berjumpa di sebuah akademi piano LaLa Land di sebuah pekan.

IKLAN

6When I Was Prettiest

via asianwiki.com

Drama ini mengisahkan cinta segitiga antara Oh Ye Jin (Lim Soo Hyang) dan dua beradik Seo Hwan (Ji Soo) dan Seo Jin (Ha Seok-Jin). Seo Hwan jatuh cinta pada Oh Ye-Jin pada pandangan pertama, malangnya dia harus bersaing dengan abangnya bernama Seo Jin. Seo Jin adalah pelumba, dia meminati Ye Jin sejak pertama kali bertemu di garaj ayahnya. Apakah kesudahan drama ini?

7Love Alarm Season 2

via fin.co.id

Drama yang diadaptasi dari webtoon popular yang berjudul Joahamyeon. Pada musim sebelumnya, drama ini meninggalkan pelbagai persoalan kepada penonton bagaimana pengakhiran cinta segitiga anta Kim Jo Jo (Kim So Hyun), Lee Hye Young (Jung Ga Ram) dan Hwang Sun O (Song Kang). Jadi bagaimana dengan musim yang kedua ini?

Bagaimana? Anda sudah tidak sabar untuk menonton semua k-drama ini? Nantikan bulan Ogos yang bakal tiba tidak lama lagi. Jom k-drama marathon!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry