Semalam, isu mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd menjadi paparan utama kebanyakan akhbar, media tempatan serta antarabangsa.

Mat Over Hadir Beri Sokongan 

Gambar : Harian Metro

Dalam kerancakan berita tersebut, tumpuan turut diberikan kepada pelawak Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over. Menerusi perkongsian Harian Metro, Mat Over turut sama hadir di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bersama pengikut-pengikut yang lain bagi menyatakan sokongan mereka kepada Najib.

Kecewa Najib Didapati Bersalah 

Difahamkan, Mat Over sanggup hadir ke mahkamah kerana mengenangkan jasa bekas Perdana Menteri itu kepada rakyat. Malah dia juga setia menunggu di perkarangan tersebut selepas solat subuh kerana bimbang tidak dapat masuk akibat kesesakan. Namun begitu, dia berasa kecewa apabila Najib telah didapati bersalah atas tujuh pertuduhan.

“Sebab itu saya datang juga hari ini bagi menyatakan sokongan kepadanya, cuma apabila mengetahui Najib dijatuhkan hukuman bersalah, saya agak tidak suka,” katanya

Terdahulu, sekitar tahun 2017 Mat Over pernah menggemparkan industri apabila menampar produser filem David Teo di hadapan Najib ketika berlangsungnya Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2015). Insiden itu berlaku kerana Mat Over tidak berpuas hati dengan sikap David ketika itu yang kononnya bercakap kurang sopan di hadapan Najib selaku Perdana Menteri ketika itu.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry