Adakah anda mengenali Sunny Suwanmethanont? Aktor kacak dari Thailand yang berumur 39 tahun ini seringkali akan muncul dalam filem-filem komedi romantik. Jadi kali ini Murai My akan shortlist filem-filem lakonan Sunny Suwanmethanont untuk dijadikan idea untuk anda yang masih mencari filem-filem yang best untuk ditonton. Stay tune guys!

1Happy Old Year

Filem ini mengisahkan seorang wanita bernama Jean (Chutimon Chuengcharoensukying) ingin menyusun atur rumahnya untuk menjadi home office. Dia akan membuang apa sahaja barang yang tidak berguna. Walaubagaimanapun, dia menghadapi cabaran apabila menemui barang-barang milik bekas kekasihnya iaitu Aim (Sunny Suwanmethanont). Apakah barang tersebut? Adakah beliau akan berbaik semula dengan bekas kekasihnya?

IKLAN

2Brother of The Year

Ketika Chut (Sunny Suwanmethanont) masih kecil, beliau menyangka bayi yang akan dilahirkan oleh ibunya itu bayi lelaki tetapi jangkaannya meleset apabila ibunya melahirkan bayi perempuan. Impian Chut untuk bermain robot dan bola sepak dengan adik lelakinya musnah apabila setiap kali Chut bermain dengan adik perempuannya Jane (Urassaya Sperbund), dia akan menangis dan merengek.

Sejak kecil hinggalah dewasa, mereka berdua akan bergaduh dalam segala hal. Situasi berubah apabila Jane jatuh cinta dengan seorang lelaki bernama Moji (Nickhun). Jane tidak mahu hubungannya kali ini dimusnahkan oleh abangnya lagi. Dapatkah Chut menghalang percintaan Moji dan Jane? Adakah Chut dan Jane akan berbaik sebagai adik beradik yang normal?

3Mr.Hurt

Filem ini mengisahkan seorang pemain tenis bertaraf dunia iaitu Don-Sri-Chang (Sunny Suwanmethanont) menjadi kegilaan semua orang. Dia sentiasa bertuah dalam perlawanannya dan bertuah kerana kekasihnya, Anna (Maria Broenner) adalah seorang bintang terkenal.

Namun, teman wanitanya ingin memutuskan hubungan dengannya dan menjalinkan hubungan dengan bintang rock iaitu Jimmy the Rocket. Selepas mengalami heartbroken selama berbulan-bulan, rakan lamanya iaitu Dew (Mashannoad Suvalmas) yang muncul entah dari mana muncul untuk “menghidupkannya” kembali.  Dapatkah Dew mengubah hidup Don? Adakah Anna akan kembali kepada Don?

4Heart Attack

5

Filem ini mengisahkan Yoon (Sunny Suwanmethanont) seorang freelance graphic designer. Tidak Dapat dinafikan beliau sangat komited dengan kerjanya, menghabiskan siang dan malamnya di hadapan komputer untuk menyiapkan kerja. Suatu hari, ruam-ruam yang gatal muncul pada leher Yoon dan makin merebak sehingga ke badan. Yoon berjumpa dengan Doktor Imm (Davina Hoorne) untuk mendapatkan rawatan. Yoon memerlukan makanan yang sihat, tidur dan senaman yang cukup, dan mengambil ubat yang diarahkan oleh doktor. Adakah Yoon akan sembuh? Bagaimana dengan karier Yoon?

6I Fine…Thank You…Love You..

Filem ini mengisahkan seorang guru iaitu Pleng (Preechaya Pongthananikorn) yang diminta oleh seorang pelajar Jepun yang akan berangkat ke Amerika Syarikat untuk memberitahu teman lelakinya, Yim (Sunny Suwanmethanont) bahawa dia ingin berpisah dengan teman lelakinya. Yim kemudian menyalahkan Pleng kerana menyempurnakan kemahiran bahasa Inggeris teman wanitanya dan meminta Pleng untuk mengajarnya bertutur dalam Bahasa Inggeris sehingga beliau juga dapat pergi ke Amerika Syarikat dan mendapatkan kembali teman wanitanya. Dapatkah Yim bertutur bahasa Inggeris? Dapatkah Yim mendapatkan kembali teman wanitanya?

Jadi bagaimana? Anda sudah bersedia untuk movie marathon lakonan Sunny Suwanmethanont? Tunggu apa lagi? Jom tengok movie!