Ketika seluruh dunia sedang berdepan dengan ancaman wabak Covid-19, pastinya ramai yang lebih memilih untuk berada di rumah untuk mencegah penyebaran virus itu, termasuk anggota BTS.
Mereka melakukan banyak perkara ketika di rumah, seperti memasak, menonton televisyen untuk bersenam. Ini dilakukan oleh ahli termuda BTS, Jungkook.
Lelaki berusia 24 tahun ini, memang dikenali sebagai anggota yang mempunyai badan yang sasa. Namun, bentuk badan yang sempurna ini kerana dia sangat suka bersenam.
Sementara itu dalam acara yang diadakan di sebuah stesen televisyen menerusi twitter, Jungkook mendedahkan petua senaman di rumah.
https://twitter.com/_jimintoday_/status/1288508024697401345?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1288508024697401345%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.koreaboo.com%2Fnews%2Ftokopedia-bts-jungkook-body-exercise-routine-tips%2F
“Saya memang mempunyai peralatan sukan, tetapi saya memilih untuk berlatih dengan bergantung pada berat badan saya sendiri,” kata Jungkook.
Kemudian, Jungkook lebih suka melakukan push up, sit up, dan squat. Sebilangan jenis senaman ini masih boleh dilakukan walaupun kita hanya di rumah.
https://www.instagram.com/p/B76Y0C0j_DY/
“Saya rasa kita dapat memiliki tubuh yang baik hanya dengan melakukan push-up, sit-up, dan squat,” lanjutnya.
Namun, Jungkook mengatakan senaman akan membuahkan hasil jika dilakukan dengan konsisten dan menjadi rutin setiap hari.
Penulis yang mengikuti perkembangan rutin senaman Jungkook agak tertarik melihat kegigihan ahli BTS itu.
Tahniah Jungkook kerana berjaya untuk mendapatkan bentuk badan yang sado dan sihat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.