Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Face Mask 3 Layer, Anda Jangan Tertipu!

by Jash Lee
August 8, 2020
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Pemakaian topeng muka pada masa kini memang sudah menjadi satu kewajipan setelah dunia diserang virus Covid-19 dan pemakaian topeng muka juga dapat mengurangkan risiko dari terkena jangkitan virus ini. Namun, adakah anda tahu, pemakaian pelitup muka yang anda gunakan dan apakah perbezaannya? Semuanya adalah berbeza sama sekali walaupun dengan kadar harga dan rupa yang sama.

Seorang doktor pergigian yang dikenali sebagai Dr Han telah memperjelaskan perbezaan kebanyakan face mask yang dijual di pasaran dan kebanyakannya juga diimport dari China.

Biasanya mereka akan mencatatkan penapisan sebanyak 90%, 95% atau 99%. Mereka juga mungkin meletakkan sijil FDA/CE yang palsu dan tidak relevan. Sebelum dijelaskan dengan setiap piawaian, ada 3 istilah dan 3 piawaian yang anda perlu tahu. Jom kita tengok.

BFE (Bacteria Filtering Efficiency)

BFE bermaksud efisiensi penapisan bakteria. Ini adalah pengukuran peratusan bakteria di dalam udara yang boleh ditapis oleh pelitup muka tersebut.

PFE (Particle Filtering Efficiency)

PFE bermaksud efisiensi penapisan zarah. Ini adalah pengukuran zarah udara yang ditapis oleh saiz 0.3 ke 0.1 microns.

FR (Fluid Resistance)

FR bermaksud rintangan cecair. Ini adalah pengukuran keberkesanan pelitup muka yang dapat menghalang dari penembusan cecair yang berpunca daripada batuk dan bersin.

Terdapat juga 3 jenis piawaian pelitup muka yang sesuai yang perlu kita tahu bagi melindungi diri dan keluarga kita dari virus Covid-19.

via TESTEX

Piawaian 1 – GB/T 32610-2016 (Face Mask Harian / Biasa)

Menurut Dr.Han, pengilang sebenarnya tidak dibenarkan untuk mencatat atau meletakkan terma “Medical” atau “Surgical” pada kotak mask jenis ini. Tetapi ada juga sesetengah pengilang akan mencatat “Disposable Medical Face Mask” pada kotak. Piawaian ini akan menguji efisiensi penapisan zarah (PFE) sahaja. Manakala efisiensi penapisan bakteria (BFE) dan rintangan cecair (FR) tidak akan diuji.

Tujuannya adalah untuk perlindungan harian atau perlindungan sewaktu jerebu. Harga pasaran yang sepatutnya dijual untuk pelitup muka jenis ini adalah pada kadar RM40-50 sahaja. Jika penjual menjual dengan harga yang lebih tinggi, anda sebenarnya sudah tertipu! Untuk keberkesanan perlindungan virus Covid-19, Dr. han mencadangankan untuk memilih piawaian yang lebih tinggi. Jika 32610 pilihan anda, lupakan!

Piawaian 2 – YY/T 0969-2013 (Face Mask Perubatan)

Di kotak mask jenis ini sepatutnya ada tertulis perkataan “Medical”. Piawaian pelitup muka perubatan ini mempunyai efisiensi penapisan bakteria (BFE) sekurang-kurangnya 95% tetapi efisiensi penapisan zarah (PFE) dan rintangan cecair (FR) tidak diuji. Ia boleh digunakan jika berada di tempat yang ramai orang atau juga untuk pekerja biasa. Harga di pasaran sekarang untuk piawaian pelitup muka jenis ini biasanya sekitar RM70-75. Ini adalah lebih baik berbanding piawaian 1.

Piawaian 3 – YY 0469-2011 ( Face Mask Pembedahan)

Kata kuncinya adalah “Surgical” yang memang terdapat pada atas kotak. Ia mempunyai efisiensi penapisan zarah (PFE) sekurang-kurangnya 30%, efisiensi penapisan bakteria (BFE) sekurang-kurangnya 95% dan rintangan cecair (FR) sekurang-kurangnya 120 mmHg.

Kesimpulannya pelitup muka jenis ini lebih baik berbanding piawaian 1 & 2 yang diatas tadi. Ini kerana virus Covid-19 akan berjangkit melalui aerosol daripada mulut melalui bersin dan batuk.

Oleh itu, anda amat memerlukan pelitup muka jenis ini untuk diri anda sendiri dan keluarga bagi perlindungan yang baik. Ia juga sering digunakan oleh doktor-doktor perubatan dan pergigian kerana pelitup muka jenis ini mempunyai piawaian yang minimum untuk digunakan di Klinik atau Hospital.

via TESTEX

Dr. Han juga ada mencadangkan untuk memilih piawaian yang paling tinggi iaitu respirator piawaian GB/19083-2010 atau GB 2626-2019. Untuk pelitup muka jenis 0469 semakin kurang terdapat di pasaran kerana kos untuk mengimport face mask ini telah hampir mencecah harga yang tinggi iaitu RM75.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan dapat membantu anda memilih pelitup muka yang sesuai untuk anda dan keluarga tersayang.

Bersama kita mencegah penularan Covid-19. #kitajagakita.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
piawaianfacemask virus covid19 facemaskterbaik
Share23Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - Gossip Store, Bra
Kesihatan

Bra Kena Tukar Sekurang-Kurangnya 6 Bulan Sekali, Kalau Tak Ini Yang Kamu Hadapi

by Nurul A.
October 8, 2026

Cuba ingat semula, berapa kali dalam setahun kamu tukar bra? Penting untuk kamu tahu, pakar mengesyorkan bra yang kita pakai...

Read moreDetails
aglow
Kesihatan

TEMUBUAL EKSKLUSIF: Dr. Amelia Siah Bawa Misi Kesedaran Kanser Payudara Menerusi Aglow Cup 2026

by Nurul A.
October 14, 2026

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut setiap Oktober, MURAI berpeluang mengetengahkan kisah Dr. Amelia Siah, pengasas, CEO dan...

Read moreDetails
berat badan
Kesihatan

Tengah Tidur Pun Berat Badan Boleh Turun, Nak Tahu Caranya?

by Nurul A.
October 14, 2026

Rasanya semua orang tahu, nak turunkan berat badan bukannya senang dan ianya adalah satu proses yang lama serta susah. Jadi tak...

Read moreDetails
Gegata Kronik CSU
Kesihatan

Bukan Sekadar Alahan Atau Ruam, Kamu Mungkin Hadapi Gegata Kronik!

by Nurul A.
October 13, 2026

Pernah tak kamu terjaga tengah malam kerana kulit menjadi sangat gatal secara tiba-tiba dan dipenuhi dengan gegata, tetapi bila berjumpa...

Read moreDetails
Kanser Payudara
Kesihatan

Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Nurul A.
October 7, 2026

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi...

Read moreDetails
Mandul
Kesihatan

Kamu Boleh Mandul Jika Minum Teh Hijau & Matcha Setiap Hari?

by Nurul A.
November 2, 2026

Baru-baru ini, MURAI ada ternampak beberapa video mengenai minuman teh hijau dan matcha. Menerusi beberapa video, ada beberapa pengguna mendakwa...

Read moreDetails
Foto - LAC Community x FemFamm
Kesihatan

Pink October: LAC Community x FemFamm Ingatkan Wanita Pentingnya Pemeriksaan Awal

by Nurul A.
October 28, 2026

Menurut kajian kebangsaan yang diterbitkan dalam BMC Public Health pada tahun 2023, 7 daripada 10 wanita Malaysia berusia 40 tahun...

Read moreDetails
RAMBUT BASAH
Kesihatan

Kerap Tidur Dengan Rambut Basah? Hati-Hati, Kamu Mungkin Hadapi 4 Masalah Ini

by Nurul A.
October 20, 2026

Kamu pernah tidur dalam keadaan rambut masih basah? Percayalah, ramai di antara kita yang kerap tidur dengan rambut yang basah...

Read moreDetails
Air Asam Jawa, Migrain, Berat Badan
Kesihatan

Air Asam Keping Bukan Hilangkan Migrain Je, Tapi Berat Badan Sekali!

by Nurul A.
October 25, 2026

Pernah tak kamu rasa sakit kepala yang melampau, sampaikan jadi migrain? Tak boleh buat main kalau sakit kepala menyerang, memang...

Read moreDetails
Strok Kanak-Kanak
Kesihatan

Bukan Golongan Emas Sahaja, Kanak-Kanak Pun Boleh Terkena Strok

by Nurul A.
October 20, 2026

Apabila bercakap mengenai pesakit strok, kebanyakan orang akan terfikir tentang golongan emas dan bukannya kanak-kanak Malah, kebanyakan ibu bapa tidak...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara