Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Pengalaman Umrah Super Ekonomi Dengan Ikhlas, “Harga Macam Tak Masuk Akal Tapi Yang Pergi Jer Tahu…”

Mungkin sebab itu, walaupun namanya Super Ekonomi, rasa dia Super Hati Tenang. Yang tahu, tahu lah.

by Phic ARMAN
October 28, 2025
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau sebut Umrah bajet, ramai terus terbayang hotel jauh, makanan roti keras, dan jadual serba ringkas. Tapi bila kami di MURAI tengok harga pakej daripada ikhlas.com, terus terhenti sekejap.

Bayangkan,  harga bermula serendah RM4,990, sudah termasuk tiket pergi balik, penginapan, makan tiga kali sehari, mutawwif dan pengangkutan. Harga tu memang buat orang fikir dua kali, “Murah sangat ni, tapi selesa ke?”

Jadi, kami sendiri sertai pakej Super Ekonomi Ikhlas untuk rasai pengalaman sebenar. Hasilnya? Macam nama dia juga, murah tapi ikhlas.

Dari KLIA2 Dengan Tenang

Perjalanan bermula 20 September hingga 28 September. Di KLIA Terminal 2, jemaah berkumpul di kaunter Y15. Tak perlu pening kepala sebab semua urusan check-in diuruskan oleh staff Ikhlas. Kami hanya serah passport, letak bagasi, dan tunggu taklimat ringkas.

Ada jemaah yang sempat bergurau, “Baru dekat KLIA pun dah rasa macam VIP, kalau macam ni memang tenang pergi Umrah.”

Penerbangan guna AirAsia D7 700 ke Jeddah. Ramai ingat pesawat bajet ini sempit, tapi sebenarnya selesa. Ramai yang sempat tidur lena, mungkin sebab hati dah ringan nak jadi tetamu Allah.

Itinerari Lengkap, Tak Kurang Dari Pakej Premium

Setibanya di Madinah, rombongan dibawa menziarahi tempat-tempat penuh sejarah, Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Makam Syuhada, dan Kebun Kurma.

Menariknya, mutawwif Ustaz Syed Zainal bukan sekadar bimbing doa, tapi turut kongsi kisah perjuangan Nabi SAW dan para sahabat dengan gaya yang menyentuh hati. Ada jemaah yang tersentuh sampai bergenang air mata.

Masuk ke Makkah pula, ziarah diteruskan ke Jabal Tsur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, dan Gua Hira. Walaupun nama pakej “Super Ekonomi”, isi perjalanan memang padat dan penuh makna.

Penginapan: Dekat Di Madinah, Selesa Di Makkah

Di Madinah, kami menginap di Hotel Jawharat Al-Rasheed, hanya 200 meter dari Masjid Nabawi. Dekat sangat, sampai ada jemaah yang ulang alik jika masuk waktu.

Di Makkah, hotelnya Oriensis, lebih kurang 1.5 kilometer dari Masjidil Haram. Tapi tak perlu risau, shuttle bas 24 jam sentiasa menunggu depan pintu hotel. Perjalanan lima minit sahaja.

Ada jemaah yang berseloroh, “Hotel jauh sikit tak apa, sekurang-kurangnya pahala jalan kaki bertambah.”

Dua Kali Umrah, Bukan Sekali Sahaja

Antara perkara yang paling mencuri perhatian ialah jemaah berpeluang menunaikan dua kali Umrah, kedua-duanya dibimbing penuh oleh Ustaz Syed Zainal.

Saya selalu dengar, agensi lain hanya bimbing sekali sahaja, selebihnya jemaah buat sendiri. Tapi di bawah Ikhlas, setiap rombongan dibawa semula untuk Umrah kedua bersama mutawwif. Jadi, tak ada istilah “buat sendiri, harap ingat-ingat balik.”

Ustaz Zainal menerangkan setiap langkah dengan sabar, dari niat hingga tahallul, memastikan semua jemaah faham dan tenang. Ramai yang bersyukur, terutama mereka yang pertama kali menunaikan Umrah.

Makanan Malaysia Di Tanah Suci

Kalau bab makan, jangan risau. D’Fajar Catering memang jaga bab ini betul-betul. Setiap hari disajikan makanan Malaysia, terkejut juga bila nampak nasi ayam, sambal udang, ikan masak kicap, gulai daging, siap dengan pencuci mulut di cafe.

Makanan disediakan segar setiap hari, dan ramai jemaah siap tanya resepi sebab rasa dia “tak macam katering luar negara langsung.”

Dari Madinah Ke Makkah Naik Bas VIP

Perjalanan antara dua kota suci guna bas VIP coach,  luas, selesa, siap ada USB port untuk cas telefon. Tapi sepanjang perjalanan, ramai tak sempat tengok telefon sebab leka berzikir dan dengar tazkirah ringan dari Ustaz.

Kejutan Di Mekah, Makan Malam Di Wadi D’Alfajr, Hudaibiyah

Satu malam di Makkah, jemaah dikejutkan dengan kejutan manis. D’Fajar Catering menjemput semua ke Wadi D’Alfajr, Hudaibiyah untuk makan malam istimewa.

Tempatnya luas, damai, dan sangat cantik. Di situ ada homestay, serta aktiviti menunggang kuda dan unta. Suasana waktu malamnya tenang, dihiasi lampu-lampu dan bau nasi Arab yang baru dimasak. Ada jemaah bergurau, “Kalau macam ini, Umrah ni rasa macam bulan madu versi syariah.” Tapi di sebalik gelak, semua tahu,  momen itu buat hati rasa damai, penuh kesyukuran.

Lengkap Dengan Jurugambar & Videografer

Satu lagi benda yang buat Umrah kali ini terasa ‘special’, ada jurugambar dan videografer Ikhlas yang ikut sepanjang perjalanan! Bayangkan, setiap kali anda berjalan, tawaf, atau duduk berzikir, ada sahaja lensa yang merakam momen itu. Tahu-tahu, bila buka Instagram Ikhlas, muncul wajah sendiri tengah senyum depan Kaabah.

Seronok jemaah,  tak perlu sibuk pasang tripod atau suruh kawan ambil gambar. Boleh fokus pada ibadah dengan lebih khusyuk.

View this post on Instagram

A post shared by IKHLAS Umrah (@ikhlasdotcom.umrah)

Terima kasih kepada Zack Merican, Pengurus Sosial Media Ikhlas, yang nampak betul-betul komited dengan tugasnya. Walaupun sibuk dengan kamera di tangan, Zac tetap jaga adab di Tanah Suci,  hormat suasana, tapi hasil rakaman tetap ‘padu’.

Ada jemaah sempat bergurau, “Rasa macam pergi Umrah tapi dapat photoshoot sekali.” Tapi semuanya dilakukan dengan penuh hormat dan niat baik supaya momen ibadah ini kekal jadi kenangan indah sampai bila-bila.

Pengurusan Rapi, Layanan Sepenuh Hati

Selain mutawwif, Team Haramain, Team Operasi Umrah & Teknikal Ikhlas, serta pasukan media mereka semuanya memainkan peranan penting. Tak kira isu besar atau kecil, semuanya diselesaikan dengan cepat dan sopan. Satu peristiwa mencemaskan berlaku bila seorang jemaah warga emas tersesat selepas solat di Masjidil Haram. Tapi yang luar biasanya, Team Haramain bertindak pantas. Dalam masa kurang setengah jam, jemaah itu berjaya ditemui dengan selamat.

Ustaz Zainal sempat berpesan, “Bila kita berada di Tanah Suci, ujian datang dalam pelbagai bentuk. Tapi jangan lupa, pertolongan Allah itu sentiasa dekat.”

Kata-kata itu buat semua diam seketika, betapa benarnya setiap langkah di sana penuh ujian dan rahmat.

Secara keseluruhan, Umrah Super Ekonomi Ikhlas bukan sekadar murah, tapi penuh nilai dari layanan, bimbingan, dokumentasi hingga pengalaman rohani yang menyentuh hati.

Dua kali Umrah dibimbing penuh oleh mutawwif, makanan sedap, kejutan makan malam di Wadi D’Alfajr, liputan foto dan video yang indah, serta pasukan yang pantas bila ada kecemasan, semuanya menunjukkan mereka benar-benar berkhidmat dengan ikhlas. Mungkin sebab itu, walaupun namanya Super Ekonomi, rasa dia Super Hati Tenang. Yang tahu, tahu lah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
D’Fajar CateringJabal UhudMakam SyuhadaMasjid QiblatainMasjid Quba
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - Le Méridien Putrajaya
Destinasi

Bukan Sekadar Pusat Pentadbiran Negara, Putrajaya Kini Destinasi Pelancongan Serba Lengkap

by Nurul A.
July 1, 2026

Selain berperanan sebagai pusat pentadbiran, Putrajaya kini memperluaskan daya tarikannya sebagai destinasi pelancongan. Le Méridien Putrajaya, Palm Garden Hotel Putrajaya...

Read moreDetails
Foto - AirAsia MOVE
Destinasi

Penerbangan Ke Tokyo, Seoul & Shanghai Serendah RM77 Menerusi Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE

by Nurul A.
July 6, 2026

Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE kembali dari 6 hingga 10 Julai 2026 dengan pelbagai tawaran hebat bagi tempahan penerbangan, hotel,...

Read moreDetails
Foto - Hong Kong Tourism Board
Destinasi

Hong Kong Meriahkan Musim Panas Dengan Festival, Demam Bola Sepak & Ganjaran Percutian Eksklusif

by Nurul A.
June 29, 2026

Pada musim panas kali ini, Hong Kong mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk merasai kemeriahan bandar ini menerusi kempen Hong Kong Summer...

Read moreDetails
LifeXplore

Travel Nak Best, Beg Kena Betul! 5 Tips Pilih Luggage Tanpa Menyesal

by Phic ARMAN
June 11, 2026

Musim cuti memang selalu buat ramai mula “mode travel on”. Tiket dah cari, itinerary dah siap, tapi satu benda yang...

Read moreDetails
Foto - Tourism Malaysia
Destinasi

6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

by Nurul A.
June 27, 2026

Ramai rakyat Malaysia sudah lama ingin meneroka Pantai Timur, namun hasrat itu sering tertangguh. Hakikatnya, wilayah ini menyimpan pelbagai tarikan...

Read moreDetails
Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Foto - @alorsetarcitycouncil (IG)
Jalan-Jalan

[VIDEO] Alor Setar ‘Tembus’ Siaran Radio Korea Selatan, Rakyat Malaysia Tumpang Bangga!

by Nurul A.
June 10, 2026

Tiada siapa jangka bandar Alor Setar, Kedah dipromosikan di salah satu siaran radio terkenal di Korea Selatan sempena kempen Tahun...

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  5. 5

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara