Jenama fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini tidak perlu diperkenalkan lagi. Diusahakan oleh dua sahabat karib, Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil, siapa sangka jenama duo ini sudah bertapak selama 15 tahun di dalam industri.

15 Tahun Dalam Industri 

Meraikan ulang tahun mereka itu, Rizman Ruzaini yang simbolik dengan logo mahkota RR berkongsi pelbagai kenangan indah termasuk mereka yang selama ini menyokong jenama tersebut terdiri daripada selebriti-selebriti terkenal dan ‘figura teristimewa RR’.

Untuk rekod, antara selebriti-selebriti yang pernah berkolaborasi dan mendapatkan khidmat Rizman Ruzaini adalah Dato Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Fazura,Izara Aishah, Amelia Henderson, Fattah Amin, Hael Husaini, Anuar Zain,Miera Liyana,Erra Fazira dan ramai lagi.

IKLAN

Punyai Cabaran Tersendiri 

Dalam perkongsian tersebut, Rizman Ruzaini akui selama 15 tahun perjalanan mereka sememangya ada cabaran tersendiri namun kenangan manis lebih bermakna untuk terus dikenang.

Untuk rekod,kedua-dua pereka fesyen ini bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas isteri mereka telah disahkan hamil beberapa bulan yang lalu. Tahniah dan terus sukses Rizman Ruzaini dari kami di Murai.my!