Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

5 Manfaat Air Beras Untuk Kecantikan Kulit, Tubuh Dan Rambut

by Jash Lee
August 15, 2020
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum menanak nasi, anda pasti akan mencuci beras beberapa kali dengan air yang bersih bagi memastikan tiada lagi bakteria dan sisa kotoran yang tertinggal dan akan membuang air cucian itu bukan? Apa kata selepas ini anda simpan air cucian tersebut kerana ternyata air beras banyak manfaat tersembunyi yang dapat digunakan untuk penjagaan kecantikan kulit, tubuh dan juga rambut. Yang paling penting ia tidak memerlukan modal yang tinggi berbanding daripada anda perlu membeli produk kecantikan.

Sebaiknya gunakan air bilasan yang kedua yang masih kelihatan agak keruh kerana warna keruh ini mengandungi mineral dan vitamin yang bermanfaat.

Membersihkan Kulit Wajah

via Hipwee

Salah satu kelebihan air beras yang paling popular adalah sebagai pencuci muka semula jadi. Mencuci muka dengan air beras secara rutin bukan sahaja dapat membersihkan wajah tetapi juga dapat mencerahkan wajah dan mampu mengecilkan liang pori pada kulit wajah.

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu mencelupkan kapas muka ke dalam air beras kemudian gosokkan keseluruhan wajah dan urut dengan lembut.

Sebagai Masker Rambut

via Blog Tribun

Air beras ternyata mampu menjadikan rambut kelihatan lebih lembut dan berkilau.

Caranya mudah, hanya basahkan rambut anda dengan air beras. Biarkan selama 20 minit sambil mengurut kulit kepala dengan lembut. Bilaskan dengan air bersih kemudian teruskan mencuci dengan syampu dan perapi seperti biasa.

Meredakan Iritasi Kulit Terbakar Akibat Cahaya Matahari

via Hijab & Heels

Terlalu lama dibawah cahaya matahari boleh membakar kulit dan akan menyebabkan kulit menjadi merah dan sakit.

Lebih baik segera bilas dengan air beras yang sejuk bagi melegakan kegatalan pada kulit dan air beras juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan kulit.

Mengubati Penyakit Ekzema

via Tribunnews.com

Ekzema adalah sejenis penyakit keradangan kulit yang menyebabkan kulit menjadi gatal, kering dan merah. Tetapi anda tidak perlu risau kerana air beras mampu membantu untuk menyembuhkan ekzema.

Anda hanya perlu merendam tuala ke dalam air beras, kemudian cuci kulit di kawasan yang terkena ekzema dan biarkan ia kering dengan sendirinya.

Melegakan Cirit Birit Dan Muntah

via Hijab & Heels

Sekiranya anda mengalami sembelit dan cirit-birit, ternyata air beras mampu mengubatinya. Kandungan pati dalam beras dapat melegakan cirit-birit dan muntah. Anda hanya perlu minum air beras! Tapi bukan air basuhan beras, minum air beras yang dimasak dan sesuai untuk dimakan.

Hanya sediakan beras pada kadar 1:3, rebus atau masak selama 45 minit sehingga nasi mula lembut. Selepas itu toskan airnya. Anda juga boleh menambahkan gula atau garam sebagai penambah rasa.

Selamat mencuba!

airberas manfaatluarbiasaairberas kecantikanrambutdankulit
https://lomp.at/ry2g8
Share8Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - LG Malaysia
Tips

Bakal Dilanda El Nino Terpanas Dalam Sejarah- Ini 5 Tips Hadapi Cuaca Panas Di Malaysia

by Nurul A.
March 29, 2026

Ini bukan sekadar cuaca panas. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kita kini berada dalam genggaman Monsun Barat Daya yang membara....

Read moreDetails
Tips

20 Kawasan Berada Di Tahap Satu & 2 Panas- Ini Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau

by Nurul A.
March 24, 2026

Tak dinafikan beberapa hari kebelakangan ini, Semenanjung Malaysia berdepan dengan situasi cuaca panas sehinggakan Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Read moreDetails
Tips

2 Minggu Sebelum Hari Raya, Sempat Lagi Nak Kurus Kalau Kamu Lakukan Ini!

by Nurul A.
March 6, 2026

Cuba bayangkan kamu belum lagi dapat bentuk badan ideal sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri? Mimpi ngeri sangat kerana terpaksalah kamu...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang mula sibuk membuat pelbagai persiapan. Daripada membeli baju raya, menghias rumah sehinggalah menyediakan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara