Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

RM100,000! Bawal Exclusive Tudung Paling Mahal Di Dunia

by Khai Azfar
August 14, 2020
48
KONGSIAN
Share on Facebook

Jenama tudung Bawal Exclusive rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Bermula dengan perniagaan tudung secara kecil-kecilan dengan membuka gerai di Jalan Tunku Abdul Rahman, kini bertukar menjadi salah satu jenama tudung premium di Malaysia. Sehingga kini, mereka mempunyai 2 buah butik di Puchong dan Kuala Lumpur serta 29 reseller yang merangkumi setiap negeri di Malaysia.

Paling Mahal Di Dunia

Terbaru, mengorak lagi langkah Bawal Exclusive telah mencipta sejarah dengan mempersembahkan sehelai tudung yang kini dinobatkan sebagai termahal di dunia. Bernilai RM100,000 ianya dibuka khusus sempena pembukaan Private Lounge Bawal Exclusive yang terletak di Puchong, Selangor tidak lama lagi.

Hadiah Dari Swarovski

Untuk info, tudung ini merupakan pemberian khas oleh Swarovski kepada Bawal Exclusive sebagai tanda perhargaan dan terima kasih mereka kerana menjadi antara pemborong terbesar di dunia sejak dahulu lagi selain meraikan ulang tahun Swarovski yang ke-125 tahun.

Tudung yang direka dan diinspirasikan khusus oleh pengasas jenama Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri dan Mohd Rosli Awang pastinya mencatatkan sejarah apabila diiktiraf di dalam Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal yang pernah dihasilkan.

Menceritakan kisah pembukaan tersebut, ianya bermula apabila kedua-dua mereka dijemput ke majlis makan malam oleh pihak ibu pejabat Swarovski di Wattens, Austria pada 24 Oktober 2018 sempena pembukaan Swarovski manufaktur (studio reka kreatif) baharu di sana. Kesemua wakil daripada jenama terkenal dunia hadir dan merasai sendiri kemewahan kristal Swarovski yang dipertontonkan secara eksklusif kepada mereka.

“Bermula dengan satu pancaran kristal Swarovski dan ia seterusnya menghasilkan pancaran laser yang menyerlahkan butiran kristal yang berada di dalam dewan. Sudah pasti kesemua tetamu yang berada di dalam dewan berkenaan terpukau dengan keindahan yang dipertontonkan.”

“Sejak malam itu, saya berjanji mahu membawa memori tersebut pulang ke Malaysia untuk dinikmati bersama dengan seluruh penggemar jenama Bawal Exclusive selain memiliki sebuah butik mewah setanding dengan jenama antarabangsa yang lain.

“Ini juga sebagai pemberian yang peniaga Islam juga mampu berdiri sama tinggi dengan jenama popular lain. Jangan takut untuk merealisasikan impian. Semuanya perlu bermula dengan langkah pertama,” tambah Haliza ketika ditemui Murai.my

Menariknya rekaan yang melatari tudung RM100,000 ini merupakan idea Haliza dan telah direalisasikan oleh Austria Swarovski Head of Design Team. Berdiameter 1.14 meter X 1.14 meter, tudung ini ditaburi 7,512 kristal Swarovski dan mengambil masa 320 jam untuk disiapkan seramai 12 orang pekerja.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bawal Exclusivetudung paling mahal di dunia
Share37Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Foto - @michaelbjordan (IG)
Fesyen

Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

by Nurul A.
July 12, 2026

Sumpah ingatkan kembar, tapi rupanya bukan! Memang tak sangka pelakon lelaki kacak ini memiliki wajah yang hampir sama dengan pemain bola...

Read moreDetails
Tanoti
Fesyen

Alat Tenun Kepada Gaya Hidup, Tanoti Bawa Tradisi Kraf Hidup Borneo Ke Kuala Lumpur

by Nurul A.
August 11, 2026

Lembaran paling bercita-cita tinggi dalam sejarah 14 tahun, Tanoti menyaksikan perusahaan sosial Sarawak membuka kedai pop-up ISETAN KLCC, meluncur di...

Read moreDetails
Koleksi hijab pertama UNIQLO Malaysia
Fesyen

UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

by Nurul A.
August 5, 2026

UNIQLO bakal memperkenalkan koleksi hijab pertamanya di Malaysia, menandakan satu peristiwa penting bagi peruncit global itu kerana ia memperluaskan falsafah...

Read moreDetails
Tracie Sinidol, Carlo Rino
Fesyen

Tracie Sinidol & Carlo Rino Rai Hari Merdeka Dengan Kempen ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan’

by Nurul A.
August 21, 2026

Carlo Rino dengan bangganya memperkenalkan kempen Hari Merdeka, ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan.’ Diterajui oleh pelakon Tracie Sinidol, kempen ini meraikan...

Read moreDetails
Foto - OWNDAYS
Fesyen

OWNDAYS Malaysia Lancarkan Kempen OWN “your” DAYS Bersama Mira Filzah

by Nurul A.
August 2, 2026

OWNDAYS Malaysia menampilkan pelakon terkenal dan ikon gaya hidup, Mira Filzah, sebagai Duta Kempen rasminya, sekali gus membuka lembaran baharu...

Read moreDetails
Jelly Bunny x Hello Kitty
Fesyen

Jelly Bunny Kembali Dengan Koleksi Kolaborasi Bersama Hello Kitty Yang Ikonik!

by Nurul A.
August 16, 2026

Khas untuk musim ini, Jelly Bunny berganding bahu dengan Hello Kitty, watak kelahiran British yang disayangi dari Sanrio dan salah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  3. 3

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  4. 4

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  5. 5

    Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara