Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Filem GERAN Rangkul Anugerah Di Festival Filem Asia New York 2020

by Phic ARMAN
August 17, 2020
177
KONGSIAN
Share on Facebook

Filem aksi persilatan, Geran telah dipilih sebagai penerima untuk Anugerah Daniel A. Craft Festival Filem Asia New York ke-19 untuk kecemerlangannya dalam filem Aksi.

Yang pastinya rakyat Malaysia sangat berbangga apabila anak tempatan Malaysia, Areel Abu Bakar selaku pengarah filem Geran telah mengharumkan nama negara. Nampaknya Areel sebaris dengan nama-nama besar dalam perfileman antarabangsa seperti Dante Lim (Operation Red Sea), Yue Song (The Bodyguard dan Jung Byung-gil (The Villainess).

Turut menjadi kebanggaan adalah barisan pelakon dalam filem yang dibintangi oleh Namron , Khoharullah, Feiyna Tajudin dan Megat Shahrizal.

Seperti yang dilaporkan oleh halaman Easternkicks, media rasmi untuk 19th New York Asian Film Festival (NYAFF), Areel telah dimaklumkan tentang berita gembira ini dan pihak penganjur mengucapkan tahniah kepadanya secara peribadi.

Areel memberitahu bahawa ia adalah suatu penghormatan besar untuk dicalonkan dan memenangi Anugerah Daniel A. Craft. Dia dan kru produksi tidak pernah membayangkan bahawa mereka akan menerima penghargaan sebesar ini, dan ini sangat mengejutkan.

Areel Abu Bakar, Pengarah Filem GERAN

Areel merasakan bahawa dia bertanggungjawab untuk membawa Silat ke peringkat dunia, kerana platform untuk seni mempertahankan diri ini sangat terbatas di Malaysia, terutama dalam filem.

NYAFF yang memasuki edisi ke 19 adalah festival filem berprestij di Amerika Syarikat yang mendukung kepada pembangunan seni dan budaya melalui jaringan sinema dunia dan menjadi platform tayangan dan apresiasi melalui pemilihan filem-filem kontemporari dan klasik dari negara-negara Asia.

NYAFF ke-19 bersiaran dalam talian di Amerika Syarikat melalui aplikasi Smart Cinema dari 28 Ogos hingga 12 September 2020.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Areel Abu BakarFilem GeranGeran
Share175Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara