Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Kerana Juri Ni Manusia”- Aishah Kongsi Pengalaman Diadili Markah Teruk

by Khai Azfar
August 18, 2020
Share on Facebook

Sejak malam Ahad, media sosial hangat memperkatakan mengenai juri program realiti Big Stage 2020, Ajai yang teruk dikecam selepas memberikan markah dua peratus kepada penyanyi Hafiz Zainal kerana nyanyian sumbang. Malah dia turut beranggapan penyanyi itu lebih baik pengsan daripada meneruskan nyanyiannya.

Aishah Kongsi Pengalaman

Isu tersebut turut mendapat perhatian daripada penyanyi popular, Aishah yang turut berkongsi pandangannya selaku penyanyi yang berpengalaman dan pernah menyertai pertandingan nyanyian. Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah binti Wan Ariffin dia beranggapan bahawa situasi yang dialami oleh Hafiz itu adalah sesuatu yang normal.

Dedah Aishah, lazimnya ketika menyertai pertandingan nyanyian dia akan mendapatkan maklumat mengenai siapakah juri yang akan mengadili nyanyiannya.

“Itu biasalah bila masuk pertandingan yang ada juri profesional. Sebagai seorang yang dah boleh dikatakan banyak kali menyertai pertandingan menyanyi ni, salah satu daripada perkara yang saya akan dapatkan maklumat dulu ialah ‘siapa juri?'”

Dapat 1/5 Markah 

Malah Aishah turut mengimbas kembali kenangannya menyertai sebuah pertandingan nyanyian peringkat ASEAN sekitar tahun 1991 yang mana dia pernah mendapat markah serendah 1/5.

“Lagu ‘Janji Manismu’ diadili oleh lima orang juri. Markah penuh ialah 5. Tiga orang juri beri saya markah penuh 5/5, seorang beri 3/5 dan juri terakhir beri 1/5.

“1/5 bersamaan 20% sahaja, mungkin lebih baik sedikit daripada 2% peratus, tetapi ia sesuatu yang mengejutkan dalam sistem penjurian. Betapa jauh dan berbezanya penilaian setiap juri. Tapi itu hanya pandangan seorang juri sahaja dan dia berhak dengan pandangannya,” kongsinya.

View this post on Instagram

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Dalam pada itu, Aishah turut berkongsi tips dan nasihat buat pengikutnya yang menyertai pertandingan seumpama itu agar mereka dapat membuat persembahan dengan baik.

aishah
https://lomp.at/5s71k
Share3Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara