Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Komen Ajai Terhadap Hafiz Zainal Jadi Kecoh, Ernie Zakri Buka Mulut

by Khai Azfar
August 19, 2020
216
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak beberapa hari yang lalu, komposer yang juga juri tetap Big Stage 2020 iaitu Ajai teruk dikecam oleh netizen gara-gara komen pedas yang diberikannya terhadap salah seorang peserta rancangan realiti itu, Hafiz Zainal yang mana turut menyaksikan penyanyi itu hanya mendapat 2% markah daripada Ajai.

Ernie Titip Pesanan

Susulan daripada itu, netizen turut mengaitkan insiden yang hampir sama terjadi kepada penyanyi popular, Ernie Zakri ketika beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34). Ketika itu Ajai turut bertindak sebagai ketua juri.

View this post on Instagram

A post shared by Aura (@erniezakri)

Sebagai penyanyi yang berpengalaman, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri,28 berkesempatan untuk menitipkan pesanan buat Hafiz dan peserta-peserta Big Stage yang lain. Akui Ernie, dia telah menonton persembahan tersebut dan mengharapkan agar Hafiz mengambil segala komen yang diberikan dengan positif.

“Saya pernah komen tentang perkara ini ketika saya terlibat dalam AJL. Apa yang saya boleh katakan kepada Dr Hafiz, saya pun ada menyaksikan persembahannya. Apa sahaja yang diberikan, kita ambil sahaja dengan positif. Bila kita bertanding, of course kita dah buat yang terbaik dan mengharapkan feedback yang baik juga. Tapi jika dapat yang tidak baik itu, its okay. Try again dan inilah masa yang tepat untuk dia buktikan bahawa dia adalah penyanyi yang bagus di atas pentas” katanya kepada Murai.my

Enggan Komen Mengenai Markah 

View this post on Instagram

A post shared by Hafiz Zainal (@drhafizzainal)

Ketika ditanya mengenai komen dan pendapat Ernie mengenai markah yang diterima oleh Hafiz, Ernie berkata dia tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara tersebut kerana dia percaya masing-masing mempunyai pandangan dan penilaian tersendiri. Biarpun begitu, Ernie turut mengharapkan agar peserta-peserta lain mengambil ini sebagai satu cabaran untuk tunjukkan kepada orang ramai platform ini mengenai diri mereka sebenar.

“Saya tidak ada komen mengenai markah yang diberikan sama ada wajar atau tidak kerana masing-masing ada preference dan telinga untuk mendengar serta menilai. Apa yang saya boleh pesan, kepada peserta ambil ini sebagai cabaran, you kena buat lagi best dan seharusnya you kena tunjukkan kepada semua platform Big Stage itu adalah platform menunjukkan you siapa sebenarnya” tambah pelantun Boneka ini

Ernie ditemui Murai.my pada pagi Selasa di majlis pelancaran sebuah program realiti terbaharu di Ladang Farm Fresh, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat, Netizen Terhibur-"Dah Macam Bunyi Ayam"
big stage 2020dr hafiz zainalernie zakri
https://lomp.at/n4vdh
Share88Tweet53SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem